• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dirogol & Dibunuh Ketika Hendak Pergi Mengaji

oleh AK-47
14/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TRAGIK… Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan di Kasur, Pakistan terungkai selepas mayatnya ditemui dalam timbunan sampah pada Selasa lalu.

Lapor portal Independent.co.uk, mangsa, Zainab Ansari, 7, ditemui kira-kira dua kilometer daripada rumahnya selepas dilaporkan hilang pada Khamis sebelumnya ketika dalam perjalanan untuk mengaji al-Quran.

Biarpun laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarganya, semuanya sudah terlambat kerana nyawa kanak-kanak itu sudah melayang dek perbuatan manusia yang keji.

Apa yang menyedihkan apabila terdapat tanda-tanda mangsa dirogol, dicekik hingga mati sebelum jasadnya dihumban dalam timbunan sampah sarap.

Dalam laporan hasil bedah siasat menyatakan Zainab dirogol berulang kali dan mayatnya hanya ditemui selepas empat atau lima hari kemudian.

Ini bukan pertama kali kejadian sedemikian dilaporkan berlaku di Pakistan, kerana dalam tempoh dua tahun sahaja, polis mengesahkan terdapat 12 kes pembunuhan yang hampir sama direkodkan seperti kes Zainab.

Lima daripadanya disyaki dilakukan suspek yang sama yang masih gagal ditahan sehingga kini. Sampel DNA juga telah diambil daripada 90 orang suspek.

Dalam pada itu turut tersebar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan pergerakan terakhir Zainab bersama seorang lelaki tidak dikenali yang memimpin tangannya, beberapa jam sebelum mangsa dibunuh.

Peliknya Rrakaman CCTV terbabit diperoleh hasil usaha keras daripada usaha sanak saudara mangsa dan bukannya daripada pihak berkuasa yang jelas seperti tidak mahu mengambil kes tersebut.

Keluarga mangsa juga sehingga kini menyalahkan pihak polis yang lambat bertindak selepas laporan kehilangan kanak-kanak malang itu dibuat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Jenayah Seksualkanak-kanakpedofilrogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd