• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didakwa Tampar Anggota Polis, Farid Kamil Ditahan

oleh
12/01/2018
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan pengarah bergelar Datuk, Farid Kamil ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, pelakon itu melakukan perbuatan berkenaan di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara.

“Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya.

“Namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan mesej aplikasi WhatsApp mengenai ‘300 artis hutang ah long’.

“Selain menampar polis di kaunter, dia turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan,” ujarnya dipetik Harian Metro.

Baca: 300 Artis Terpaksa Pinjam Ah Long Akibat Tiada Kerja

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.

Katanya lagi, pelakon tersebut kini ditahan bagi siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis selain Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan.

“Saya mengesahkan kejadian berkenaan. Ketika ini pelakon berusia 37 tahun terbabit masih berada di balai berkenaan. Kita tahan beliau untuk siasatan lanjut.

“Pihak polis juga akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti sama ada pelakon berkenaan berada di bawah pengaruh dadah atau tidak,” katanya dipetik BH Online.

Sementara itu hasil tinjauan Mynewshub menerusi instagram milik isteri pelakon itu, Datin Diana Danielle mendapati aktres itu telah menutup ruangan komen selepas menerima tujahan komen kecaman daripada netizen.

Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.20 petang itu, Farid dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan mengenai satu kemalangan jalan raya.

Ketika sedang berurusan, pelakon terbabit secara tiba-tiba didakwa bertindak menampar muka petugas yang menerima aduan. Kejadian itu disaksikan oleh beberapa anggota lain dan orang awam. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Datuk Farid KamilDiana Danielle
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agenda Pendidikan Mindef Sasar Lonjak Paradigma

Next Post

Lebih 30 Ejen Penghantaran Bakal Digantung Lesen

Related Posts

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

16/09/2023
0

PETALING JAYA: Rujuk demi anak-anak. Itu keputusan diambil Farid Kamil, 42, dan bekas isteri, Diana Danielle, 32, yang bercerai talak...

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

10/08/2023
0

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42, dan isterinya, Diana Danielle, 32, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling...

Next Post

Lebih 30 Ejen Penghantaran Bakal Digantung Lesen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd