• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demokrasi Di Malaysia Tidak Mati – Salleh

oleh Ahmad Albab
24/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata demokrasi di Malaysia tidak mati kerana kerajaan melayan semua rakyatnya dengan adil dan tidak menafikan hak mereka.

Beliau berkata realitinya kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan untuk rakyat termasuk membantu yang miskin dengan pelbagai program, menyediakan peruntukan yang banyak untuk membantu peniaga kecil, memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dan menyediakan peluang ekonomi serta pekerjaan.

“Pendek kata, kerajaan berbuat apa sahaja bagi menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat.

“Oleh sebab itulah, jika adapun pihak yang cuba memberikan imej negatif kepada kerajaan, realitinya data menunjukkan sebaliknya,” katanya menerusi blog beliau sskeruak.blogspot.my hari ini.

Beliau memberi contoh, Indeks Demokrasi 2016 yang menunjukkan daripada 167 buah negara, Malaysia berada di tangga 65 (skor 6.54), berbanding Thailand (4.92), Kemboja (4.27), Myanmar (4.20), Vietnam (3.38) dan Laos (2.37) yang diletakkan dalam kategori tidak bebas.

Salleh berkata negara-negara Amerika Tengah yang dekat dengan Amerika Syarikat, lebih gagal demokrasinya dengan skor Honduras dan Guatemala masing-masingnya 5.92.

Malahan, katanya, Bhutan (skor 4.93) yang mempunyai kadar kegembiraan penduduk tinggi juga gagal demokrasinya dan Qatar (skor 3.18), yang mempunyai per kapita penduduk paling tinggi di dunia.

“Ini menunjukkan tahap demokrasi Malaysia tidaklah teruk seperti mana yang dituduh oleh sesetengah pihak sebagai demokrasi yang mati. Kita tetap negara demokrasi.

“Freedom of the World 2018 yang baru diterbitkan juga tidak mengkategorikan demokrasi Malaysia mati, tetapi bersama dengan Singapura sebagai “partly free” dengan skor 4, berbanding Brunei, Thailand, Vietnam, Laos, Kemboja dan Myanmar yang tidak bebas (skor 6),” katanya.

Beliau berkata “partly free” itu bukanlah menunjukkan demokrasi negara mati atau kerajaan menafikan hak rakyatnya, tetapi kerana beberapa akta pencegahan yang terpaksa kita kekalkan untuk menjaga kestabilan dan keamanan negara.

“Amankah Malaysia? Tentu sekali,” kata Salleh dengan menyatakan Global Peace Index 2017 meletakkan indeks keamanan negara adalah di tempat ke-29 daripada 163 negara, dan kelima paling aman di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun, Australia, dan Singapura.

“Sebagai rakyat, kita sepatutnya berbahagia dengan nikmat keamanan ini. Akhirnya, tahun ini kita akan mengadakan pilihan raya umum. Tentunya semua parti telah bersedia untuk menghadapi PRU ini.

“Harapnya PRU 2018 adalah yang paling aman dan stabil, semoga dengannya negara kita akan terus maju,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakDemokrasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budaya Demokrasi Dalam UMNO Kekal Subur

Budaya Demokrasi Dalam UMNO Kekal Subur

26/02/2023
0

GUA MUSANG : Budaya demokrasi dalam UMNO kekal subur apabila ahli dan pemimpinnya menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan parti...

Kerajaan, SPR Perlu Kaji Pengundian Elektronik – Bekas Pengerusi SPR

22/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa agar mencari kaedah terbaik dalam memperkenalkan undian secara elektronik pada pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd