• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Akan Pusing Seluruh Negara Cari Pekerja ‘Malang’

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAP akan menjalankan siri jelajah seluruh negara mulai bulan hadapan bagi “mencari” golongan pekerja yang tertindas, dibuang kerja dan berdepan risiko ditamatkan pekerjaan, kata Amran Ahmad Nor.

Naib Pengerusi Biro Buruh DAP itu berkata, pertemuan itu akan digunakan untuk menerang serta memberi panduan mengenai hak pekerja, kaedah untuk mempertahankannya serta segala bentuk tindakan undang-undang yang boleh digunakan.

Menurut Amran, siri jelajah tersebut akan turut menemui pimpinan parti peringkat negeri dan ahli-ahlinya untuk memberi taklimat mengenai aspek perundangan pekerjaan dan penjelasan mengenai isu 14 juta golongan pekerja di Malaysia.

“Biro kami juga akan membariskan para peguam yang memberi perkhidmatan secara professional untuk membela golongan pekerja kerana ramai daripada 14 juta pekerja di negara ini masih terpinga-pinga mengenai hak-hak mereka.

“Kebanyakannya tidak mempunyai kesatuan sekerja di tempat kerja mereka dan selalunya terpinga-pinga dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa apabila ditindas majikan,” katanya dalam satu kenyataan ini.

DAP semenangnya terkenal dengan barisan pimpinan yang memperjuangkan isu pekerja sejak awal penubuhannya pada bulan Mac 1966.

Antaranya bekas presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang juga bekas naib pengerusi MTUC, arwah Ahmad Nor; bekas setiausaha agung MTUC, mendiang V David dan bekas pengerusi MTUC, Zainal Rampak yang turut membawa isu pekerja ke Parlimen selain aktif di lapangan.

Mengulas lanjut, Amran berkata, siri jelajah itu adalah permulaan kepada gerakan besar-besaran mempertahankan hak dan periuk nasi pekerja dalam suasana ekonomi suram di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pada masa sama, biro berkenaan mendapat nafas baru dalam gerakan perjuangannya apabila Pengerusi Biro, Sivanesan Achalingam telah mendapat restu dari Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP untuk memperkasakan keanggotaannya.

Selain Sivanesan dan Amran, biro tersebut turut dianggotai oleh K.A. Ranu selaku setiausaha, S. Lavenyia, S. Muhendaran, Tan Yee Poh dan Sivananthan sebagai ahli jawatankuasa.

“DAP peringkat negeri atau sesiapa jua yang berminat untuk berjumpa dan mendengar taklimat dari kami boleh menghubungi biro kami dengan hantar email kepada [email protected],” katanya. – The Malaysian Insight

Tags: Amran Ahmad NorDAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd