• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Risiko Empangan Chereh Pecah Tak Benar

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dakwaan bahawa Empangan Chereh di Sungai Lembing di sini berisiko untuk pecah pada bila-bila masa yang tular di media sosial adalah tidak benar, kata polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh yang mengesahkan perkara itu berkata orang ramai juga tidak seharusnya berkongsi maklumat itu di akaun Facebook atau kumpulan Whatsapp mereka.

“Jangan mudah tularkan perkara tidak benar. Jika terima, padam sahaja atau jika tidak pasti, dapatkan pengesahan pihak berkuasa. Setiap kali banjir, ada sahaja pihak yang suka mencetuskan benda yang tidak betul.

“Perkara sebegini boleh menimbulkan kegusaran orang ramai… tidak tahu apa tujuan berbuat demikian tapi ia hanya mencetuskan suasana panik,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penyebaran berita kononnya empangan itu akan pecah pada bila-bila masa dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) telah membuat pengumuman supaya orang ramai bersiap sedia.

Berita berkenaan tersebar sejak semalam kononya penduduk Kuantan masing-masing sedang menyelamatkan diri berikutan keadaan itu dan Temerloh serta Maran juga dilanda banjir gelombang kedua sedangkan keadaan di kedua-dua daerah berkenaan masih terkawal walaupun hujan masih berterusan.

Sementara itu, jurucakap PAIP yang turut menafikan kenyataan itu berkata, jika timbul sesuatu keadaan, pengumuman tersebut tidak akan dibuat oleh PAIP.

“Empangan Chereh bukan dalam bidang kuasa PAIP kerana ia sebenarnya di bawah pengurusan Badan Kawal Selia Air Pahang. Jadi bagaimana pula PAIP yang dikatakan membuat pengumuman itu,” katanya.

Beliau berharap orang ramai tidak sewenang-wenangnya membuat kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah kepada PAIP kerana mereka juga sentiasa memastikan semua aspek keselamatan empangan dipatuhi termasuk pada musim tengkujuh. – BERNAMA

Tags: empangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tanah Runtuh Besar Jejas Empangan Sipulak, Penduduk Diingatkan Sedia Hadapi Banjir Kilat

Tanah Runtuh Besar Jejas Empangan Sipulak, Penduduk Diingatkan Sedia Hadapi Banjir Kilat

06/12/2025
0

SUMATERA – Satu kejadian tanah runtuh besar dilaporkan berlaku di kawasan tinggi berhampiran Empangan Hidroelektrik Sipulak, Kecamatan Pakkat, Sumatera Utara,...

Cuaca Panas: Paras Air Empangan Dipantau

16/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan terus memantau paras takungan air mentah di semua empangan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd