• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dagangan Malaysia Berkembang Sederhana

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dagangan Malaysia dijangka meneruskan momentum pertumbuhannya, namun pada tahap sederhana tahun ini disebabkan unjuran asas yang lebih tinggi pada 2017.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata walaupun angka perdagangan tahun ini dijangkakan besar, peratusan pertumbuhannya diunjur lebih kecil berbanding tahun lepas dengan prestasi perdagangan 2017 diunjur sebanyak RM1.8 trilion.

“Jika kita buat perbandingan bagi angka perdagangan, 2017-2016 boleh dianggap rendah, dengan prestasi 2016 hanya mencatat kira-kira RM1.4 trilion nilai dagangan.

“Tahun ini, asas perbandingan (2017) dijangkakan sebanyak RM1.8 trilion. Angka ini besar, namun peratusan pertumbuhan rendah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Hari Eksport 2018, acara untuk pengeksport dan agensi berkaitan perdagangan untuk menjalin rantaian, di sini hari ini.

Beliau berkata prestasi dagangan tahun ini akan disokong oleh petunjuk ekonomi domestik dan global yang kukuh.

Sementara itu, Mustapa berkata pengukuhan ringgit tidak memberi impak besar ke atas prestasi eksport memandangkan hanya beberapa syarikat menggunakan mata wang tempatan untuk berdagang,

“Kita jangka tidak ada kesan yang besar (bagi eksport), akan ada beberapa industri yang akan terjejas sedikit (disebabkan pengukuhan ringgit) seperti sesetengah syarikat perusahaan getah yang mengeksport menggunakan mata wang ringgit, dan menambah ringgit yang lebih kukuh bagaimanapun akan memberi impak besar ke atas jumlah dagangan tahun ini.

Dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Hari Eksport 2018 bermatlamat memberi maklumat kepada syarikat tempatan mengenai peluang eksport terkini di seluruh dunia, strategi untuk memenangi permintaan global serta isu semasa dalam perdagangan antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata acara itu memperkukuh usaha MATRADE untuk mewujudkan platform kondusif bagi komuniti perniagaan Malaysia bagi menyepadu dan memanfaatkan pengalaman masing-masing dalam perniagaan dan keusahawanan global.

“Komuniti perniagaan tempatan perlu bertemu untuk bertukar-tukar maklumat dan yang penting mengenal pasti kelainan yang boleh mereka lakukan untuk membantu mereka menjadi juara eksport,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd