• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cerita Konon PM Kerjasama Rahsia Dengan PAS

oleh
27/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Bagi jenis ‘kaki putar’ konon adanya kerjasama antara BN dan PAS untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, sila dengar sendiri apa kata otai UMNO Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang ini malahan diketahui sejak dahulu lagi sebagai tidak suka berdolak dalik memberi jawapan pada sesuatu isu panas yang jauh berbeza dengan gaya musuh politiknya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ujarnya, beliau sendiri telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di rumahnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Saya secara terbuka bertanyakan kepada Perdana Menteri selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN (Barisan Nasional) berhubung cakap-cakap politik konon ada kerjasama dengan PAS, Najib menjawab tidak ada,” katanya.

Tegas Tengku Razaleigh, BN bukan saja tidak akan bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRU ke-14 malah BN Kelantan sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada Perdana Menteri untuk menentang PAS secara habis-habisan.

Beliau yang pernah menjadi menteri Kabinet Persekutuan itu menilai pendirian terbaharu kali ini sebagai memberi jaminan terbaik untuk pihak BN negeri merampas semula pemerintahan kerajaan Kelantan daripada PAS.

Tengku Razaleigh menyatakan demikian ketika beliau hadir berucap pada majlis Pelancaran Jalinan Rakyat (JR) Plus Peringkat Parlimen Gua Musang di Bukit Cekati, di Gua Musang pada Jumaat.

Mengulas lebih lanjut, beliau yakin rakyat negeri itu mengharapkan perubahan kerana selama ini terdapat banyak halangan. Katanya pelbagai masalah di Kelantan dapat diselesaikan apabila dapat diperintah semula oleh BN.

Kebelakangan ini puak pakatan pembangkang memang rancak ‘putar cerita’ pelik kononnya BN dan PAS sedang bermesra untuk PRU ke-14 termasuk menyerahkan Kelantan untuk terus ditadbir parti pembangkang tersebut.

Sebaliknya kedua pimpinan BN dan PAS tidak pernah kata akan berkerjasama dari segi politik kecuali hal-hal kepentingan bersama melibatkan agama dan sebagainya seperti isu Palestin dan Rohingya.

Ramai pemerhati politik percaya dakyah jahat ini sengaja disebar bagi mencetuskan kekeliruan dalam kalangan ahli kedua-dua parti dan juga rakyat Kelantan sekali gus menenggelamkan isu pergolakan dalaman Pakatan Harapan.

Mahathir selaku pengerusi blok itu kebelakangan ini berulang kali mendakwa dalam ceramah konon bahawa PAS sengaja hendak ‘kacau daun’ untuk mewujudkan pertandingan tiga penjuru bagi membantu calon BN menang.

Ia ditimbulkan demi menutup kelemahan kempen #undirosak yang dilancarkan aktivis pakatan itu sebagai protes terhadap pemilihan semula Mahathir sebagai perdana menteri sementara  jika pembangkang menang PRU ke-14.

Kepimpinan PAS dan UMNO setakat ini menafikan ada kerjasama rahsia itu sebaliknya apa yang berlaku hanya untuk program berkaitan isu umat Islam seperti solidariti Palestin dan Rohingya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Tengku Razaleigh Hamzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Darjah, Pingat Pahang Perlu Saringan Polis, SPRM

Next Post

Tahniah… Fizz Fairuz Kini Bergelar Datuk

Related Posts

Ku Li Letak Jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO

22/09/2021
0

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkuat kuasa Isnin...

“Berdoalah Agar Gaji Mereka Dibayar Separuh Dari Kabinet Mahiaddin”

30/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Ketika pengumuman kabinet baru oleh Ismail Sabri Yaakob hari ini terus berdepan dengan kesangsian sesetengah pihak, seorang...

Next Post

Tahniah... Fizz Fairuz Kini Bergelar Datuk

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd