• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Kargo Bawa Muatan Kelapa Hampir Karam

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebuah bot kargo yang membawa muatan kelapa dari Indonesia hampir karam awal pagi tadi selepas mesin mengepam air bot terbabit rosak dan kini tersadai di hadapan Pulau Tenggol, Dungun.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kapten Rahim Ramli berkata bot kargo dengan nombor pendaftaran Rezeki Mulia 1 dari Indonesia telah mengalami kerosakan pada sistem mesin pam air pada pukul 2 pagi, semalam.

“Semalam, bot tersebut berada sekitar 13 batu nautika dari Pulau Tenggol. Kerosakan mesin pam itu menyebabkan bot tidak dapat mengeluarkan air laut yang masuk ke dalam bot tersebut.

“Jurumudi dan tujuh kru telah berusaha membaiki pam namun gagal, membuatkan bot tersebut hanyut dan sebahagian bot tenggelam di hadapan Pulau Tenggol pada 9 pagi. Kesemua mangsa menyelamatkan diri dengan berenang ke pulau tersebut dan diberi perlindungan sementara oleh pemilik resort Pulau Tenggol,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Rahim, bot yang diketuai jurumudi Nordin Jabir, 56, bersama tujuh lagi kru iaitu Mazhite Simora, 56, Muhammad Jamil Noris, 54, Hermantino, 32, Sankut Tahir, 26, Firmansyah, 26, dan Afrizal, 20 tahun, merupakan warganegara Indonesia.

Bot yang membawa muatan kelapa seberat 340 tan metrik sedang dalam perjalanan dari Tambilahan, Riau, Indonesia pada 30 Dis 2017 menuju ke Narathiwat, Thailand dan dijangka tiba hari ini.

Rahim berkata, pihaknya terus mengerakkan sebuah bot maritim ke lokasi tersebut sebaik menerima maklumat pada pukul 10 pagi daripada Pengurus Pulau Tenggol melalui panggilan telefon untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia telah bergerak ke sana setelah kami mendapat laporan tapi sehingga kini kami masih belum berjaya sampai ke Pulau Tenggol kerana cuaca yang sangat buruk. Buat masa sekarang bot kami sedang berlindung di Jeti Dungun dan kami sentiasa menghubungi pengurus resort untuk mengetahui keadaan semasa mangsa bot karam itu.

“Terima kasih kami ucapkan kepada pengurus resort kerana terus menghubungi Maritim Malaysia dan memberi perlindungan sementara kepada mangsa tersebut. Kini kami serahkan perkara ini kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMMKapal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd