• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara Kes Rasuah LGE Dan Phang Bermula 26 Mac

oleh Ahmad Albab
11/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran ditetapkan selama 23 hari bermula 26 Mac di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dengan pihak pendakwaan dijangka memanggil 40 saksi.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan disebut di hadapannya hari ini dengan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud dan peguam Gobind Singh Deo dan RSN Rayer mewakili Lim serta Datuk V.Sithambaram dan Hisyam Teh Poh Teik bertindak bagi pihak Phang.

Terdahulu Masri memaklumkan bahawa Mahkamah Persekutuan telah memutuskan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 tidak bercanggah dengan Perlembagaan.

“Kita sedia maklum kes ini tertangguh sebab menunggu keputusan di mahkamah. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan Seksyen 62 tidak bercanggah dengan perlembagaan.

“Pada hari ini juga kami ingin mengemukakan pertuduhan pindahan terhadap kedua-dua tertuduh. Memandangkan kedua-dua tertuduh tidak hadir di mahkamah hari ini, kami akan mengemukakan pertuduhan pindaan ini sebelum perbicaran bermula,” katanya.

Masri turut mencadangkan kepada mahkamah supaya perbicaraan kes itu bermula pada Februari dan pihaknya dijangka memanggil 40 saksi pendakwaan.

Bagaimanapun Gobind memohon kepada mahkamah agar perbicaraan dijalankan pada bulan Mac berikutan beliau ada kes lain pada Februari, termasuk kes di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Hakim Hadhariah menetapkan 26 Mac hingga 30 Mac bagi perbicaraan kes tersebut; diikuti 11 dan 12 April; 23 April hingga 27 April; 7 Mei hingga 10 Mei; dan 21 Mei hingga 25 Mei.

Pada 14 Disember lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 62 adalah mengikut perlembagaan seterusnya mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa seksyen itu yang dibaca bersama-sama Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah, adalah ulta vires terhadap Perkara 5(1), dibaca bersama-sama Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan SPRM terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengubah keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berkaitan Seksyen 62, yang memerlukan tertuduh mengemukakan kenyataan pembelaan kepada pihak pendakwa sebelum bermulanya perbicaraan.

Pada 7 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Lim dan Phang terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang menolak pemohonan mereka untuk mengisytiharkan Seksyen 62 tidak mengikut perlembagaan dan mengubah keputusan itu.

Seksyen 62 Akta SPRM menyebut bahawa setelah berlaku penyerahan dokumen menurut Seksyen Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh dikehendaki, sebelum bermulanya perbicaraan, mengemukakan dokumen berikut kepada pihak pendakwa:

(a) satu kenyataan bela diri yang menyebut secara umum bentuk bela diri dan perkara di mana tertuduh mempunyai isu dengan pihak pendakwa dengan menyertakan sebabnya; dan (b) satu salinan mana-mana dokumen yang akan diserahkan sebagai sebahagian daripada keterangan untuk tujuan membela diri.

Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah berkaitan penukaran status tanah daripada pertanian kepada tempat kediaman dan pembelian satu lot tanah serta banglo pada harga bawah nilai pasaran.

Lim, 58, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang untuk mendapatkan keuntungan bagi diri sendiri dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan permohonan bagi menukar tanah pertanian kepada zon perumahan awam di barat daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Aras 28, Bangunan Komtar, George Town, pada 18 Julai, 2014 mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda hingga lima kali jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Lim juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan bagi dirinya satu lot tanah dan sebuah banglo di No 25, Jalan Pinhorn, George Town pada 28 Julai, 2015 daripada Phang pada harga RM2.8 juta, harga yang beliau dakwa beliau tahu tidak sepadan dengan nilai pasaran hartanah berkenaan ketika itu iaitu RM4.27 juta.

Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Phang mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Lim dalam mendapatkan banglo berkenaan pada harga bawah nilai sebenar.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat dan pada tarikh sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama-sama Seksyen 165, memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Aras 28, Bangunan Komtar, George Town, pada 18 Julai, 2014. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Bunuh Perompak Rumahnya Dibebaskan

Next Post

Agoda Tawar Lebih 2 Juta Hartanah Di Seluruh Dunia

Related Posts

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan...

Next Post

Agoda Tawar Lebih 2 Juta Hartanah Di Seluruh Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd