• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Beri Kami Masa Buat Siasatan Lanjut” – Zed Zaidi

oleh
14/01/2018
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KES penangkapan membabitkan pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil kini semakin panas apabila Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi dilaporkan akan meneliti secara terperinci berhubung perkara itu.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil berkata, pihaknya enggan terburu-buru berhubung perkara itu sebaliknya akan membuat siasatan terperinci kerana kes tersebut membabitkan pihak berkuasa dan orang awam.

“Beri kami (SENIMAN) masa untuk membuat siasatan lanjut atas apa yang berlaku. Kami tidak boleh terburu-buru untuk ambil sebarang tindakan.

“Dalam perkara ini, kami perlu mendapat maklumat daripada semua sudut kerana ia membabitkan polis,” katanya dipetik Harian Metro.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi.

Baca: Didakwa Tampar Anggota Polis, Farid Kamil Ditahan

Juga: Ibu Mertua Tak Tahu Farid Ditahan, Diana Mohon Privasi

Jelasnya lagi, SENIMAN akan cuba membantu apa yang patut dan memaklumkan sebarang maklumat terkini berhubung kes itu selepas menerima hasil siasatan terperinci.

“Seniman akan cuba membantu apa yang perlu untuk Farid sebaik saja selepas kami mendapat hasil laporan siasatan dilakukan.

“Apapun, Seniman tetap prihatin dalam apa jua masalah membabitkan artis tempatan meskipun hal yang kecil,” jelasnya.

Pelakon, Farid Kamil

Lagi: “Farid Berkelakuan Pelik Sejak Dalam Kereta Lagi”

Serta: Peminat, Adik Akui Terkejut Farid Kamil Dicekup Polis

Kaitan: Kes Tampar Polis : Farid Kamil Direman Selama 4 Hari

Ceritanya bermula apabila Farid dilaporkan datang ke Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor untuk membuat laporan mengenai satu kes kemalangan jalan raya, pada Khamis.

Namun ketika sedang berurusan, aktor itu secara tiba-tiba didakwa bertindak menampar muka petugas yang menerima aduan. Kejadian itu disaksikan oleh beberapa anggota lain dan orang awam.

Susulan itu, Farid telah direman selama 4 hari yang berkuatkuasa pada hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Datuk Farid KamilFarid KamilZed Zaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

16/09/2023
0

PETALING JAYA: Rujuk demi anak-anak. Itu keputusan diambil Farid Kamil, 42, dan bekas isteri, Diana Danielle, 32, yang bercerai talak...

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

10/08/2023
0

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42, dan isterinya, Diana Danielle, 32, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd