• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Menteri Sarawak, Celestine Ujang Meninggal

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Bekas Menteri Kabinet Sarawak, Tan Sri Celestine Ujang, 70, meninggal dunia di Hospital KPJ lewat petang ini, selepas rebah di rumahnya di Tabuan Jaya di sini.

Menurut anaknya, Datin Angelina Celestine Ujang, mendiang dikatakan mengadu sakit kepala semasa di rumahnya sebelum rebah, dan sebaik tiba di KPJ, doktor mengesahkan beliau sudah meninggal dunia pada 7.48 malam.

Mendiang meninggalkan seorang isteri serta tiga anak perempuan, dan Angelina yang merupakan anak kedua adalah isteri kepada Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Sepanjang kariernya di Sarawak, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Kemena itu pernah memegang beberapa portfolio termasuk Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Menteri Perumahan, dan pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak dari 1981 hingga 1987.

Dalam parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), mendiang pernah memegang jawatan Ketua Pemuda dan juga Naib Presiden, sebelum mengumumkan pengunduran daripada aktif berpolitik sekitar 2001. – BERNAMA

Tags: Celestine Ujang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd