• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Barca Sedia £140 Juta Demi Coutinho

oleh Ahmad Albab
05/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARCELONA bersedia membayar £140 juta untuk mencapai kesepakatan dengan Liverpool bagi memastikan Philippe Coutinho dapat ditandatangani pada Januari.

Pasukan Sepanyol itu berharap bayaran awal sebanyak £105 juta, dengan tambahan £35 juta berdasarkan penampilan dan kejayaan di Camp Nou, akan menjadikan Coutinho sebagai pemain bola sepak ketiga paling mahal dalam sejarah, di belakang Paris Saint Germain yang menandatangani Neymar dan Kylian Mbappe.

Liverpool tidak mahu menjual pemain berusia 25 tahun itu dan berusaha untuk mengekalkannya. Walaupun perbincangan berterusan, pemain itu tetap berhasrat mahu berpindah ke Nou Camp pada Januari.

Liverpool juga tidak mengejar penggantian pada peringkat ini apabila mereka tidak berhubung dengan Monaco mengenai sasaran musim panas Thomas Lemar dan memberi tumpuan meyakinkan Coutinho bahawa dia boleh mencapai cita-cita beraksi dalam Liga Juara-Juara di Anfield pada 2018. Pada masa ini, mereka tidak berjaya memujuknya.

Pengurus Jurgen Klopp sekali lagi enggan memberi jaminan bahawa Coutinho akan kekal. Bagaimanapun, dia berkata, isu perpindahan itu tidak akan memberi kesan ke atas permainan Liverpool yang akan datang.

Coutinho dan Mohamed Salah terlepas untuk beraksi dalam pusingan ketiga Piala FA menentang Everton, kerana kedua-duanya cedera.

Klopp sentiasa berhati-hati bercakap tentang masa depan Coutinho.

“Saya tidak berminat dengan Barcelona. Maaf. Apa yang boleh saya kata tentang apa yang mereka buat?,” kata Klopp.

“Ia sentiasa sama. Tahun ini Phil. Satu tahun lagi orang lain. Tiada apa nak dikatakan sehingga ada sesuatu yang boleh dikatakan. Itulah kedudukan saya.

“Apa yang boleh saya buat? Saya tak boleh bercakap tentang bahagian ‘permainan’ ini. Kamu membincangkannya tetapi kami tidak boleh menjadi sebahagian daripada perbincangan. Kamu boleh menulis apa yang kamu mahu, kamu boleh mentafsir apa yang saya katakan.”

Memandangkan minat Barcelona terhadap Coutinho muncul pertama kali pada bulan Julai, Klopp menolak cadangan sejak itu ia menjadi gangguan kepada skuadnya.

“Mereka adalah pemain bola sepak profesional. Kadang-kadang mereka menjadi tajuk cerita dan kadang-kadang mereka duduk di sebelah pemain yang jadi cerita di bilik persalinan,” katanya.

“Mereka sudah biasa dengan situasi ini dari usia yang sangat muda dan dapat mengabaikan perkara-perkara di sekeliling mereka.

“Jika mereka cukup pintar, mereka mengabaikan kebanyakan daripadanya. Semua cerita di sekeliling tidak jadi masalah. Cerita ini telah dibincangkan sejak musim panas dan adakah kamu dapat lihat pasukan ini terganggu kerana khabar angin perpindahan? Tidak,” katanya. – Telegraph/mStar Online

Tags: BarcelonaLiverpool
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

Ibu, Dua Anak Maut Kebakaran Rumah Kedai Di Balik Pulau

Gagal Menang Trofi, Barcelona Pecat Xavi

25/05/2024
0

BARCELONA telah memecat pengendali pasukannya, Xavi Hernandez Jumaat selepas gergasi Catalan itu gagal memenangi trofi musim ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd