• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Penternak Ikan Sangkar Temerloh Kerugian

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Banjir gelombang pertama yang melanda beberapa daerah awal bulan ini termasuk Temerloh bukan sahaja menjejaskan harta benda tetapi turut menyebabkan pengusaha ikan sangkar di sini mengalami kerugian selepas ternakan mereka mati.

Menurut mereka antara faktor yang menyebabkan ikan-ikan itu mati ialah arus kuat pada 1 dan 2 Jan lalu semasa paras air Sungai Pahang mula naik.

Khaidir Ahmad, 55, dari Kampung Tebing Tinggi, Lebak di sini berkata dia mengalami kerugian lebih RM33,000 apabila ikan patin, tilapia dan kerai peliharaannya mati.

Menurutnya arus sungai yang kuat berbanding biasa ketika banjir menyebabkan ikan luka akibat bersesak dan terhimpit ke dinding sangkar.

“Selain itu, berdasarkan pengalaman sebagai penternak, kematian ikan ini dipercayai berpunca daripada kekeruhan air sungai yang tinggi menyebabkan insang ikan diselaputi lumpur hingga sukar mendapatkan oksigen,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya jangkitan bakteria pada bahagian mata dan sisik akibat kemerosotan kualiti air Sungai Pahang juga dipercayai antara punca ikan-ikan terbabit mati.

Khaidir berkata banjir baru-baru ini juga menyebabkan tiga sangkar ikan miliknya pecah dilanggar balak hanyut dan satu hilang dibawa arus.

Menurutnya lebih 5,000 ikan patin dan tilapia serta 300 ikan kerai peliharaannya mati pada banjir kali ini, iaitu antara paling buruk pernah dialaminya selepas kerosakan semasa banjir besar pada 2014, sepanjang sembilan tahun sebagai pengusaha ikan sangkar.

Seorang lagi penternak, Mohd Zahran Ishak, 27, berkata perubahan suhu air turut menyumbang kepada kematian ikan semasa banjir.

Berdasarkan pengalamannya, kuantiti air yang banyak selain kekeruhan dan pencemaran menjadi penyebab kematian ternakan ikan sangkar semasa musim bah.

Sementara itu, Jabatan Perikanan Pahang telah mengambil sampel ikan hidup bagi mengesan punca kematian beribu ekor ikan sangkar milik penternak di Temerloh.

Pegawai Perikanan Temerloh Mohd Shahidan Roslan berkata pihaknya sudah memaklumkan kepada bahagian biosekuriti Perikanan Pahang sebaik sahaja menerima laporan kematian ikan milik beberapa pengusaha di Temerloh.

Menurutnya pemantauan awal mengesyaki kematian ikan patin dan tilapia itu berpunca daripada tekanan air yang kuat semasa banjir baru-baru ini.

“Ini berdasarkan siasatan mendapati kebanyakan ikan yang mati berada di sangkar paling depan di mana arus sangat kuat.

“Ikan ini mati dalam tempoh empat ke lima hari sebelum ini dan timbul secara berperingkat, mungkin ada luka badan akibat pergeseran sesama sendiri di dalam sangkar ketika arus deras.

“Selain itu ikan kerai yang mati kami syak berpunca daripada jangkitan bakteria, namun untuk lebih pasti kita akan ambil sampel ikan hidup ke makmal untuk diuji,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirPenternak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd