• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bak Datang Sihir, Saya Lawan” – Raf Yaakob

oleh
10/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMUM mengetahui bahawa pasangan sama cantik sama padan, Mawar Rashid dan Raf Yaakob begitu terbuka dalam berkongsi kehidupan peribadi untuk tatapan peminat di Instagram.

Malah, pasangan ini sering memuat naik foto-foto romantis selain berkongsikan detik-detik manis alam perkahwinan yang dikecapi mereka sekeluarga.

Baru-baru ini, Raf memuat naik satu rakaman menyaksikan kejutan romantis daripada Mawar buat dirinya bersempena dengan sambutan hari lahir yang ke-33.

I never really want to have a birthday celebration since my dad passed away in 2016. But this year was different. You made my birthday a memorable one. Having you in my life has added a wonderful and magical moments in my life. Something that I never had in my whole life. Alhamdulillah. Thanks Allah, You are the best planner and You know what’s best for me. I love you my Queen @mawarashid 💛🌹💛#MawaRaf #CintaRadenCintaSuci #RafTurns33

A post shared by RAF @ Raden Ahmad Faizal (@rafyaakob) on Jan 8, 2018 at 10:02pm PST

Namun, perkongsian itu nampaknya mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen sekali gus menegur Raf agar tidak terlalu menunjukkan kebahagiaan kerana bimbang disihir orang.

“Dunia akhir zaman ni kalau bahagia better tak perlu tunjuk sangat kat media sosial nanti bimbang ada yang dengki dan iri hati paling teruk sampai sanggup guna sihir untuk pecah belah hubungan suami isteri.

“Perkara camni dah banyak sangat berlaku. Sihir dah makin berleluasa cam nak kembali ke zaman jahiliah dah. Please ambil lah iktibar.

“Kalau boleh kasih sayang tu biarlah berkekalan hingga ke jannah tak nak nanti disebabkan perbuatan manusia yang dengki dan iri hati putus di tengah jalan.

“Beringat sebelum kena tu nasihat saya teguran ni bukan sebab saya jealous ke apa lagi nak acah acah jadi ustazah siber tapi sekadar mengingatkan je sesama manusia harap korang boleh terima apa yang saya comment ini dengan positive cc to @rafyaakob @mawarashid 🙂,” ujar pemilik akaun bernama @miss_alin65 itu.

Enggan berdiam diri, Raf bertindak membalas ‘nasihat’ itu menerusi satu komen ditinggalkan pada entri yang sama.

“Bak datang sihir saya lawan. Kalau yang putuskan satu hubungan itu adalah kehendak Allah. Bukan sihir. Kita sebagai manusia, perdalamkan ilmu agama. Takkan ada sihir yang boleh lawan kuasa Allah dan ayat-ayat suci Quran,” balas Raf.

‘Perbalahan’ itu tidak hanya terhenti di situ sahaja sebaliknya netizen berkenaan dilihat membidas dengan satu penerangan yang panjang lebar.

“Ye tapi itu kan asbab. Sihir pemisah suami isteri tu memang ada boleh rujuk ustaz yang pengamal perubatan islam @rafyaakob awak mungkin tak tau lagi banyak tentang ni sebab awak mungkin tak ada pengalaman lagi samada perkara tu tak pernah berlaku lagi kat keluarga awak atau orang yang rapat dengan awak.

“Saya pun orang moden juga tapi saya tak nafi yang sihir tu memang wujud, lebih-lebih lagi bila saudara mara dan orang yang dekat dengan saya pun dah ada kena sihir dengan manusia yang dengki dan iri hati.

“Memanglah sihir takkan dapat menandingi kuasa Allah tapi Allah juga boleh membenarkan sihir itu terjadi dengan izinNya dan bila dah kena memang merana sebab sihir tu kan datangnya dari syaitan dan jin.

“Sekarang ni orang nak hantar sihir kat orang cari bomoh dalam internet je macam-macam pakej ditawarkan. Tak perlu jumpa face to face dengan bomoh hanya melalui telefon je boleh dapatkan khidmat bomoh untuk hantar sihir kat orang.

“Kalau la tukang sihir tu tak pernah berjaya menyihirkan orang tak akan wujud sihir kat dunia ni, tak akan ramai orang yang terkena sihir dan tak ada la wujud perawat perawat Islam kat Malaysia ni.

“Sedangkan nabi Muhammad SAW pun pernah disihir oleh Yahudi selama 40 hari sehingga Allah turunkan surah al-Falaq dan an-Nas ini kan pula kita sebagai manusia biasa yang bukannya nabi.

“Saya cuma ingatkan je sebab saya prihatin kalau rasa tak suka dan rasa saya tak patut bagi nasihat ini awak ignore jela ye.

“Sorry @rafyaakob @mawarashid harap korang berdua beringat ingat la selalu ye semoga berbahagia hingga jannah dan dijauhi dari perbuatan sihir oleh manusia yang dengki dan kejam Aamiin Aamiin Aamiin YRA,” balasnya.

Tidak mudah melatah, Raf tenang menyatakan bahawa jelas sekali individu itu tidak mengenali keluarganya.

Malah, adik kepada Datuk Fazley Yaakob ini turut menasihati jikalau individu berkenaan ingin mengetahui lanjut mengenai sihir, bolehlah bertanya sendiri kepada Raf secara peribadi.

Emma Maembong 'Punca' Mawar, Raf Bersatu

“Saya tak tahu banyak dan tak ada pengalaman dalam isu sihir? Hmmm you clearly dont know me and my family. I respect your opinion and Im not mad. But if you need on advice on sihir and how to deal with it, DM me 🙂 Thank you,” ujar Raf.

Raf dan Mawar selamat disatukan dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 9 November lalu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Mawar Rashidraf yaakob
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tak Sanggup Rakan Baik Dikeji, Johan Pertahan Iqram

Next Post

PKNS FC Dapatkan Khidmat Anderson, Acosta

Related Posts

Mawar Nafi Kenal, Hutang Plaintif

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Usahawan Mawar Abdul Karim menafikan mengenali atau pernah berurusan dengan individu yang mendakwa memberi pinjaman RM720,000 kepadanya....

Mawar Rashid Hamil Anak Sulung?

01/08/2018
0

TAHNIAH diucapkan kepada Mawar Rashid dan suami yang bakal menimang cahaya mata pertama selepas mendirikan rumah tangga December lalu. Menerusi Instagram, Mawar...

Next Post

PKNS FC Dapatkan Khidmat Anderson, Acosta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd