• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aura Kim Swee Pastikan Semangat Pemain Positif

oleh AK-47
24/01/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selain bertanggungjawab merencanakan strategi perlawanan menakjubkan, ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara Datuk Ong Kim Swee turut mempunyai ‘aura’ tersendiri dalam memastikan pasukannya kekal positif sepanjang Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 di China, baru-baru ini.

Pemain pertahanan, Dominic Tan berkata pengendali berusia 48 tahun dari Melaka itu sering melontarkan kata-kata semangat yang menjadi kunci kebangkitan skuad negara pada saingan tersebut sehingga berjaya melakar kejutan mara ke suku akhir.

“Segalanya tampak berbeza ketika kami beraksi pada kempen Kejuaraan AFC B-23 2018 kerana setiap negara yang bertanding seolah-olah mempunyai satu kelebihan berbanding kami. Jadi pada aksi pertama berdepan Iraq kami sedikit terkejut, namun berjaya bangkit pada dua aksi seterusnya.

“Beliau (Kim Swee) sentiasa percaya kemampuan kami dan sering mengatakan tiada perbezaan antara kami dan pasukan lawan. Kata-kata itulah menjadikan kami lebih berkeyakinan serta percaya pada diri sendiri dan akhirnya membuktikan kami mampu menyaingi mereka,” katanya.

Dominic Tan Jun Jin (kiri) ketika menjalani latihan.

Ketika diminta mengulas mengenai kempen kejuaraan tersebut, Dominic mengakui ia satu kejohanan yang sukar, namun berpuas hati apabila sekurang-kurangnya berjaya mencapai sasaran ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan melepasi saingan peringkat kumpulan.

“Kempen kejuaraan ini satu tahap berbeza buat Malaysia tetapi kita sudah capai apa kita inginkan. Memang saya berasa sedikit sedih apabila dibolosi pada saat akhir perlawanan tetapi itulah bola sepak. Kadang-kadang kita menang dan kadang-kadang kalah,” katanya.

Skuad negara memulakan kempen Kejuaraan AFC B-23 2018 dengan langkah kiri selepas diaibkan Iraq 1-4 pada aksi pembukaan sebelum bangkit mengikat Jordan 1-1, diikuti kemenangan bersejarah 1-0 ke atas Arab Saudi.

Pada aksi suku akhir berdepan finalis 2016, Korea Selatan, skuad negara menyajikan persembahan terpuji apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang gantian, N.Thanabalan selepas ketinggalan 0-1 seawal 15 saat permainan bermula.

Bagaimanapun, hasrat Malaysia untuk terus melakar kejutan pada kempen sulung skuad negara pada kejohanan itu, lebur apabila Han Seung-Gyu menyumbat gol kemenangan Korea Selatan pada minit ke-85 untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir. – BERNAMA

Tags: Datuk Ong Kim SweeDominic Tan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Akan Berjumpa Kim Swee, Exco Sukan

23/07/2018
0

BANGI - Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bertemu jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23)...

Kim Swee Pilih Baddrol, Rizal Dan Aidil Zafuan

18/07/2018
0

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee memilih dua pemain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd