• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Paus 4 Meter Ditemui Terdampar Di Lahad Datu

oleh Ahmad Albab
28/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Seekor anak paus sepanjang kira-kira empat meter dengan anggaran berat 400 kilogram ditemui terdampar di kawasan perairan Batu 7 berhampiran Kontena Terminal Jalan POIC 2 di sini, pagi tadi sebelum dilepaskan kembali ke laut.

Mamalia itu ditemui terdampar oleh seorang pekerja swasta yang melalui kawasan tersebut dan bertindak menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mazran Mohammad Noh berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.06 pagi sebelum bergegas ke lokasi dan menemui seekor anak paus untuk diselamatkan dan dilepaskan ke laut.

“Awalnya sukar untuk membawa mamalia itu keluar berikutan air yang cetek dan berlumpur tetapi akhirnya bomba dengan bantuan Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu menunda anak paus itu menggunakan bot ke laut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Katanya mamalia itu dilepaskan tiga kilometer dari jarak asalnya ditemui dan operasi tamat pada pukul 2.17 petang.

Operasi menyelamat itu disertai lima anggota bomba dan 10 anggota PPM. – BERNAMA

Tags: Ikan Paus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

230 Paus Terdampar Di Tasmania, Separuh Masih Hidup

230 Paus Terdampar Di Tasmania, Separuh Masih Hidup

21/09/2022
0

SYDNEY: Kira-kira 230 ikan paus ditemukan terdampar di pantai barat Tasmania hari ini dan menurut pihak berkuasa Australia, hanya separuh...

Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland

Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland

13/08/2022
0

REYKJAVIK, Iceland – Sebilangan ikan paus dilapah di pantai Iceland selepas tempoh larangan memburu mamalia marin berkenaan selama empat tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd