• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Kini Jadi Pilihan Malaikat Maut Cabut Nyawa?

oleh
25/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Berita seorang staf AirAsia meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Bandung, Indonesia pada Rabu mungkin dianggap bukan perkara besar.

Penerbangan rutin AK416 malahan sempat dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor ekoran ‘kecemasan perubatan’, menurut kenyataan syarikat penerbangan tambang murah itu dipetik media tempatan.

Kakitangan AirAsia yang berusia 46 tahun dan warga Indonesia itu segera diberi rawatan perubatan sebaik sahaja pesawat mendarat namun malangnya kemudian disahkan sudah mati oleh seorang doktor di lapangan terbang.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan mengesahkan bahawa AirAsia membuat laporan polis mengenai insiden itu dan kes nadir tersebut bagaimanapun diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Warga AirAsia sedih dengan kehilangan seorang kakitangan kami dan mengucapkan sedalam dalam takziah kepada keluarganya selain memberikan sokongan diperlukan kepada mereka ketika tempoh sukar ini,” tambah syarikat itu.

AirAsia kemudian menyatakan bahawa pesawat itu kemudian meneruskan perjalanan dari Senai pada pukul 9 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara  sekitar jam 10 pagi waktu tempatan.

Namun di sebalik berita duka itu, tidak ramai sedar AirAsia kini sudah pun termasuk dalam senarai operator udara pilihan malaikat maut di seluruh dunia untuk mencabut nyawa penumpangnya ketika dalam penerbangan biasa.

Menurut jurnal perubatan ternama New England beberapa tahun lalu, dianggarkan kurang satu peratus daripada 3.6 bilion penumpang yang berjaya meninggal dunia dalam pesawat dinaiki mereka semasa dalam penerbangan.

Prosedur operasi standard apabila penumpang meninggal dalam pesawat.

Makalah rujukan antarabangsa itu mendedahkan hampir 10 peratus pesawat terpaksa dilencong akibat insiden sedemikian kerana penumpang secara legal tidak boleh diisytiharkan sebagai mati dalam kapal terbang di udara.

Sebaliknya, berbeza dengan kes kelahiran bayi secara tiba-tiba dalam pesawat, kematian penumpang pula hanya boleh disahkan oleh pegawai perubatan bertauliah ketika kapal terbang mendarat di mana-mana lapangan terbang.

Pengarah Perkhidmatan Perubatan Penerbangan di Pusat Perubatan Universiti Pittsburgh, Amerika Syarikat, T.J. Doyle dalam jurnal itu mendakwa, komplikasi pernafasan dan jantung adalah punca utama kes penumpang maut.

Ia kemungkinan besar akibat daripada sistem pengudaraan lemah dalam kabin atau memang penumpang itu ada masalah kesihatan dari awal lagi selain faktor tekanan oksigen ketika pesawat berada di kawasan altitud tinggi.

Lazimnya penumpang yang diambil nyawanya oleh malaikat Izrail itu akan dilitupi dengan selimut tebal oleh krew pesawat seolah-olah sedang tidur atau dipindah ke kawasan kerusi tertentu yang ditetapkan jika berlaku kematian.

Ada syarikat penerbangan menyediakan keranda dalam tempat kargo untuk penerbangan jarak jauh dan ada juga menawarkan AS$10,000 kepada penumpang untuk kekal di kerusinya duduk sebelah mayat sehingga mendarat.

Ia biasanya diberikan sebagai pampasan kerana sanggup ‘menemani’ mayat terbabit dan mengelakkan trauma jika si mati itu mengeluarkan bau busuk atau cecair hanyir dari dalam tubuh badannya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd