• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahok Ceraikan Isteri Dari Dalam Penjara

oleh AK-47
08/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Peguam yang mewakili mantan gabenor Jakarta, Basuki “Ahok” Tjahaja Purnama telah mengesahkan bahawa beliau telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Veronica Tan, pada Isnin.

Ahok kini sedang menjalani hukuman penjara selama dua tahun kerana bersalah menghina agama Islam.

Pengesahan itu dibuat susulan tersebarnya sebuah foto di alam maya yang menunjukkan petisyen perceraian oleh Ahok yang diserahkan pada Ahad lalu kepada Mahkamah Daerah Jakarta Utara.

“Kami boleh sahkan bahawa Pak Ahok telah memfailkan perceraian keatas Ibu Veronica,” kata peguam Ahok, Josefina Agatha Syukur kepada laman web kompas.com.

Ahok juga dilaporkan memfailkan permohonan hak penjagaan anak-anak mereka.

Bagaimanapun, Josefina enggan memberi sebarang komen terhadap punca sebenar petisyen cerai tersebut, dengan mengatakan bahawa ianya bersifat peribadi dan tidak boleh dikongsikan kepada umum, selain mendedahkan bahawa perbicaraan cerai antara Ahok dan Veronica tidak akan dibuka kepada orang ramai.

Berita ini ternyata mengejutkan ramai di republik tersebut, kerana hanya bulan lalu Veronica telah meninggalkan ucapan selamat hari lahir di dalam Instagram rasmi suaminya itu. – MYNEWSHUB.CC

 

Tags: Ahokbercerai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Bukan Kali Pertama Saya Diceraikan – Isteri Faisal Halim

Ini Bukan Kali Pertama Saya Diceraikan – Isteri Faisal Halim

02/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Isteri kepada Faisal Halim, Nur Syazwani Mizuana Shahril tampil bersuara mengenai kemelut rumah tangganya dengan bintang bola sepak...

Puteri Sarah – Syamsul Bercerai 18 April

Puteri Sarah – Syamsul Bercerai 18 April

10/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Perkahwinan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan suaminya, Syamsul Yusof akan menemui titik perakhiran pada 18 April...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd