• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Akademik Persoal Nurul Izzah Ubah Pendirian

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pada 15 April 2016, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dilaporkan oleh sebuah portal berita propembangkang sebagai berkata “Mahathir Diktator – Tak Boleh Tentukan Masa Depan Negara”.

Kini hanya selepas setahun lebih atau selepas pimpinan Pakatan Harapan diketuai DAP mengumumkan Tun Dr. Mahathir Mohamad calon Perdana Menteri pembangkang, Naib Presiden PKR itu akur dengan berkata “Pemilihan Tun M Sebagai Perdana Menteri Tepat”.

Sehubungan itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff mempersoalkan apakah nasib yang akan menimpa masa depan politik PKR berdasarkan sikap yang ditonjolkan pemimpin parti berkenaan.

“Semalam, 19 Januari 2018, Nurul Izzah yang sama yang dipetik oleh portal berita Sinar Harian Online sebagai berkata “Pemilihan Tun M Sebagai Perdana Menteri Tepat”.

“Betullah juga kata orang bahawa kata-kata itu murah (“talk is cheap“) dan bila kata-kata yang murah ini dilontarkan oleh seorang pemimpin politik PKR yang dilaung-laungkan sebagai kononnya berintegriti dan berprinsip, bagaimanakah agaknya masa depan PKR,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Mahathir seorang bekas pemimpin negara yang diketahui umum memiliki dana yang besar berjaya mengangkat dirinya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan hanya selepas beberapa bulan menyertai gabungan parti pembangkang tersebut.

Beliau seterusnya berjaya melobi pimpinan tertinggi Pakatan Harapan supaya dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU Ke-14 walaupun mendapat tentangan sebahagian besar penyokong pembangkang.

Pencalonan beliau sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan sekali gus mengenepikan dan menidakkan ramai pemimpin lain yang telah bertahun-tahun bersama pembangkang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Dr. Kamarul Zaman YusoffNurul Izzah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

19/07/2023
0

Seberang Jaya : Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terus berdiam diri berhubung kedudukannya sama ada akan bertanding...

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

01/02/2023
0

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menganggap Perdana Menteri Anwar Ibrahim "malu-malu" untuk membenarkan anak perempuannya Nurul Izzah dibayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd