• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Sri Muda Fail Semakan Semula Kes Hasutan

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei hari ini mengemukakan permohonan untuk semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan bagi membatalkan satu peruntukan di bawah Akta Hasutan 1948.

Notis usul difailkan bersama afidavit bagi menyokong permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany.

Dalam notis usul itu, Mat Shuhaimi memohon Mahkamah Persekutuan membuat semakan semula dan mengetepikan keputusannya sebelum ini dan memohon panel Mahkamah Persekutuan yang baharu untuk mendengar semula rayuannya.

Pada Isnin, panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Ma’arop membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Nov, 2016 yang mengisytiharkan bahawa Seksyen 3 (3) Akta Hasutan adalah tidak sah.

Hakim Ahmad yang menyampaikan penghakiman mahkamah memutuskan bahawa terdapat penyalahgunaan proses mahkamah oleh Mat Shuhaimi apabila mencabar peruntukan perlembagaan terhadap Seksyen 3 (3) Akta Hasutan 1948.

pada Isnin, Mahkamah Persekutuan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak Saman Pemula Mat Shuhaimi memohon mahkamah mengisytiharkan Seksyen 3 dan 4 Akta Hasutan adalah tidak sah kerana mendakwa peruntukan tersebut melanggar prinsip fundamental kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perkara 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau kemudian memerintahkan perbicaraan terhadap Mat Shuhaimi, 49, diteruskan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Seksyen 3 (3) menyentuh elemen niat seseorang yang dituduh membuat kenyataan yang berbaur hasutan.

Mat Shuhaimi kini menghadapi pertuduhan hasutan dengan menyiarkan bahan berunsur hasutan dalam blognya di Pusat Khidmat Rakyat, Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning di Shah Alam pada 30 Dis, 2010.

Jika didapati bersalah, Mat Shuhaimi berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000.

Peguam N. Surendran yang mewakili Mat Shuhaimi memberitahu pemberita bahawa keputusan mahkamah Persekutuan pada 8 Jan melanggar prinsip keadilan semulajadi dan perlu disemak semula. – BERNAMA

Tags: Kes Hasutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Hasutan: Mahkamah Perintah Papagomo Tidak Keluar Kenyataan

Kes Hasutan: Mahkamah Perintah Papagomo Tidak Keluar Kenyataan

27/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memerintahkan blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, untuk tidak...

Kes Hasutan: Mahkamah Tolak Permohonan Peguam Agar Rayuan Didengar

03/09/2018
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan seorang peguam supaya kes rayuannya diteruskan sungguhpun pertuduhan hasutan terhadapnya telah ditarik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd