• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ada Konspirasi Jatuhkan Saya” – Presiden PSM

oleh AK-47
09/01/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu pengguguran sepak takraw sebagai sukan teras negara masih belum berakhir apabila Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail mendakwa wujud ​konspirasi dalam Majlis Sukan Negara (MSN) yang mahu menjatuhkannya daripada badan induk sepak takraw itu.

Ahmad berkata pihak MSN memberi input salah kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai sukan itu, malah sekali lagi mengulangi ia satu kesilapan menggugurkan sepak takraw daripada sukan teras.

“Memang salah dan silap (gugurkan sepak takraw)… Saya tidak kisah untuk beritahu ada konspirasi mahu menjatuhkan saya kerana saya tahu ada pegawai MSN yang mahu berlawan (rebut jawatan) dengan saya.

“Saya ada bukti mesej mereka. Kamu (pegawai MSN) tidak perlu masuk campur dalam urusan kami. Saya lihat apabila atlet kami menang, mereka memuat naik dalam Facebook MSN, tetapi apabila kalah, salah PSM…

“(Sedangkan) program dilaksana secara bersama. Mereka beri input salah kepada menteri,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan senarai atlet kepada Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini.

Mengenai pembentangan hari ini, PSM menyenaraikan 31 pemain lelaki serta 18 wanita dan akan memaklumkan sasaran skuad negara di Sukan Asia 2018 Indonesia pada Jun ini.

Beliau berkata PSM akan menghantar pasukan sepak takraw lelaki negara menyertai Kem Komando di Jugra, Banting, Selangor pada 15 Januari ini sehingga Mac.

“Kem ini sepatutnya dilakukan lebih awal tetapi disebabkan masih ada majikan tidak melepaskan pemain negara, program ini tertangguh. Saya merayu kepada majikan yang terlibat supaya melepaskan pemain berkenaan menyertai kem tersebut.

“Kem itu bertujuan menaikkan semula motivasi serta memupuk semangat patriotik dalam kalangan pemain yang rata-rata berusia 19 hingga 23 tahun,” katanya.

Kali terakhir, skuad sepak takraw negara menyumbang pingat emas di Sukan Asia pada 1994. – BERNAMA

Tags: Datuk Ahmad IsmailSepak Takraw
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Warga Asing Pukau Juruwang, Songlap RM1,400!

Next Post

Dikecam Pengacara ‘Kayu’, Ajak, Janna Tidak Melatah

Related Posts

Libasan STL Kembali Lagi

07/01/2022
0

PETALING JAYA : Kehadiran pemain import, kejohanan yang bakal ‘dibawa’ ke lima buah negara dan hadiah kemena­ngan yang ditingkatkan menjadikan...

Tonggak Sukma Ganti Import Johor Tigris

02/01/2022
0

PETALING JAYA : Johor Tigris tidak panik dengan penarikan diri pemain import dari Thailand, Swatbanchan Seekhwa seminggu menjelang Emas Anuar...

Next Post

Dikecam Pengacara 'Kayu', Ajak, Janna Tidak Melatah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd