• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Rumah P.Pinang Markas Pas Tunggal Rosak Akibat Ribut

oleh AK-47
10/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Enam buah rumah dan sebuah markas PAS di Kampung Paya Keladi Hujung, Pinang Tunggal di sini, rosak akibat ribut kencang hari ini.

Seorang mangsa Mohd Azman Jamal, 42, berkata semasa kejadian kira-kira 6.30 petang itu, beliau baru sampai ke rumah setelah keluar membeli barangan bersama isteri manakala dua anak perempuannya berada di bahagian ruang tamu.

“Semasa itu, memang hujan lebat dan angin kuat, bila masuk ke dalam rumah tiba-tiba dengar bunyi dentuman kuat di bahagian dapur dan saya terus meluru untuk tengok. Sebahagian bumbung rumah kami diterbangkan angin kuat manakala selebihnya runtuh di bahagian dapur.

“Air hujan masuk ke bahagian dapur dan saya suruh isteri serta anak-anak keluar dari rumah kerana bimbang ada bahagian lain yang dibawa angin atau runtuh. Dua rumah jiran saya turut rosak di bahagian hadapan dan ruang tamu kerana ribut,” katanya di sini hari ini.

Mohd Azman berkata malam ini, mereka sekeluarga menumpang di rumah ibu mertuanya di Bertam.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin ketika dihubungi Bernama berkata beliau mengunjungi rumah mangsa ribut dan dua daripada enam keluarga terlibat menumpang di rumah anggota keluarga masing-masing kerana keadaan kediaman mereka rosak agak teruk.

“Saya juga mengarahkan supaya tindakan segera diambil bagi membaiki rumah penduduk yang rosak dalam kejadian itu esok dan ia akan dibiayai menerusi peruntukan Anggota Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata selain rumah dan markas PAS itu yang rosak, beberapa pokok di kawasan terlibat juga tumbang serta patah sehingga menghalang lalu lintas di situ.

Beliau berkata pihak polis bersama beberapa agensi kerajaan lain berada di lokasi kejadian bagi membantu mangsa. – BERNAMA

Tags: ribut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd