• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Tarantula Ditemui Di Tuas, 92 Di Rumah

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pihak berkuasa Singapura menemui enam labah-labah hidup jenis tarantula di dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran Singapura di pusat pemeriksaan Tuas pada 4 Januari.

Dalam kenyataan hari ini, Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata labah-labah itu, yang masing-masing diletakkan di dalam bekas berasingan dan diisi di dalam beg berkenaan, diletakkan di bahagian penumpang belakang kereta dipandu seorang lelaki Singapura berusia 33 tahun.

Kes itu dirujuk kepada Pihak Berkuasa Agri-Makanan & Veterinar (AVA) untuk siasatan, katanya.

Menurut kenyataan itu, dalam pemeriksaan susulan di kediaman lelaki berkenaan, AVA merampas 92 lagi tarantula.

Tarantula dilarang daripada dipelihara di republik itu.

Beberapa spesies tarantula juga dilindungi di bawah Lampiran II Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Liar Fauna atau Flora (CITES) dan memerlukan permit CITES.

Kes itu sedang disiasat dan labah-labah berkenaan diletakkan di bawah jagaan Wildlife Reserves Singapore. – BERNAMA

Tags: haiwanSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd