• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

51 Vesel Nelayan Laut Dalam Dilesenkan Di Sabah

oleh AK-47
12/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sebanyak 51 vesel nelayan laut dalam telah dilesenkan Jabatan Perikanan Sabah dan masih aktif serta diusahakan oleh 11 syarikat tempatan, kata Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Dr Ahemad Sade.

Katanya daripada jumlah berkenaan, 18 vesel adalah buatan tempatan manakala 33 lagi merupakan vesel buatan Vietnam digunakan oleh syarikat-syarikat tempatan Sabah yang telah mendapat kelulusan permit menggunakannya sebelum 2015.

“Walau bagaimanapun, bermula tahun 2015, perolehan vesel-vesel buatan dari luar negara seperti buatan Vietnam, Filipina, Taiwan, China dan Brunei tidak dibenarkan lagi tetapi vesel-vesel buatan luar negara yang telah mendapat kelulusan sebelum tahun 2015 masih dibenarkan beroperasi,”katanya.

Daripada 51 vesel laut dalam ini juga katanya, tujuh vesel mengoperasikan peralatan pukat jerut, pukat tunda (11) dan rawai (33) dan vesel-vesel berkenaan hanya dibenarkan beroperasi di dua zon operasi iaitu sama ada di Zon Pantai Barat atau Zon Tawau pada jarak 30 batu nautika dan ke atas dari pantai.

Ahemad mengeluarkan kenyataan berkenaan hari ini berikutan kenyataan seorang pemimpin parti pembangkang di Sabah yang mempersoalkan perlesenan vesel perikanan ikan laut dalam termasuk kehadiran bot-bot nelayan asing di perairan Sabah di dalam laporan akhbar tempatan hari ini.

Bagaimanapun kata Ahemad, berdasarkan hasil kajian taksiran sumber perikanan yang telah dijalankan di perairan Sabah baru-baru ini menunjukkan sumber perikanan laut dalam terutamanya spesies ikan pelagik masih berpotensi luas untuk diteroka.

Justeru katanya, pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah melalui Jabatan Perikanan Sabah amat mengalu-alukan dan memberi sokongan kepada mana-mana pihak pelabur atau syarikat yang berminat untuk menceburi bidang industri perikanan laut dalam.

Walau bagaimanapun katanya kriteria dan prosedur semasa mestilah dipatuhi sebelum sebarang pertimbangan untuk kelulusan diberikan kepada syarikat.

Sementara itu, Ahemad berkata bermula tahun 2015, semua vesel laut dalam di Sabah diwajibkan memasang alat Unit Pengesan Mobil (MTU) yang boleh membantu mengesan pergerakan dan kedudukan vesel-vesel di laut semasa beroperasi dan berfungsi sama seperti Sistem Pemantauan Vesel (VMS).

“Setakat ini, sebanyak 40 buah vesel telahpun memasang alat MTU tersebut manakala 11 buah lagi sedang dalam proses pemasangan. Selain daripada alat MTU, satu penanda khas juga dipasang pada setiap vesel bertujuan untuk memberi pengenalan khas terhadap setiap vesel yang telah dilesenkan secara sah,” katanya.

Di samping itu kata Ahemad, Jabatan Perikanan Sabah juga telah mewajibkan pemasangan sistem “Intruder Intervension Vessel Monitoring System” (iiVMS) ke atas kapal-kapal perikanan komersial seperti kapal pukat tunda dan pukat jerut dan setakat ini iiVMS telah dipasang pada kira-kira 150 kapal perikanan komersial.

Katanya pemasangan MTU dan iiVMS berkenaan boleh membantu dan memudahkan agensi penguatkuasa di laut terutama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin, Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga serta Jabatan Perikanan Sabah sendiri mengenali dengan cepat operasi vesel-vesel yang sah di laut.

Katanya Sabah, selain mempunyai Tahap Sara Diri (SSL) 100 peratus bagi hasil perikanannya, negeri ini juga akan terus kekal sebagai pengeksport hasil perikanan di Malaysia dengan imbangan perdagangan akan terus menunjukkan impak positif dalam julat lebihan sekitar RM400 Juta – RM500 Juta setahun.

“Jabatan Perikanan Sabah juga akan menubuhkan Sukarelawan Perikanan (SUPER), iaitu satu usaha kerjasama yang murni daripada pihak nelayan khasnya nelayan komersial untuk menjadi mata dan telinga kepada Jabatan Perikanan dan juga agensi penguatkuasaan lain dalam menjaga dan mengawal sumber perikanan di Sabah,”katanya. -BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KUIPs Anjur Pengajian Intensif Bertutur Bahasa Arab

Next Post

3 Pensyarah Unimap Terpilih Latih 100 Guru Perlis

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Pesawat TUDM Tergelincir, Landasan Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Ditutup

Pesawat TUDM Tergelincir, Landasan Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Ditutup

23/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat pengangkut jenis CN-235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tergelincir di landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Next Post

3 Pensyarah Unimap Terpilih Latih 100 Guru Perlis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd