• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Alternatif Untuk Mekap Premium Yang Netizen Puji Melangit!

oleh AK-47
18/01/2018
dalam VVANITA.MY
0
Share on FacebookShare on Twitter

Wanita memang semulajadi hebat kerana mampu mempelbagaikan pilihannya meskipun mempunyai sumber yang terhad.

Sebagai contoh, walaupun teringin untuk berhias mengikut trend semasa namun kekangan bajet menyulitkan jalan untuk mencapat matlamat itu, wanita selalunya akan mengalihkan tumpuan kepada the next best thing seperti opsyen yang lebih mesra-beg duit.

Oleh itu, kami telah membuat tinjauan terhadap beberapa orang netizen yang telah menggantikan produk-produk kecantikan premium dengan produk yang jauh lebih murah tapi tetap berkualiti tinggi:

1. Pembayang Mata

Produk Premium: Palet Urban Decay Naked 2

Gantikan dengan: Maybelline The Nudes

“Palet pembayang mata Naked daripada Urban Decay mencetuskan fenomena di kalangan wanita yang cintakan mekap di seluruh dunia. Tekstur produk ini yang berpigmen tinggi dan amat menyerlah ini menjadikan palet 12 rina tersebut agak mahal untuk dimiliki, Namun, Maybelline memperkenalkan koleksi yang diinspirasikan daripada palet Naked itu namun pada price point yang jauh lebih murah. Kualiti The Nudes ini juga mewah dan menyerlah sepanjang malam!”-Hazrina Azman, 32.

Sephora/Watsons

2. Pemerah Pipi

Produk premium: Marc Jacobs Shameless Bold Blush

Gantikan dengan: NYX Powder Blush

“Saya sukakan tekstur mewah pemerah pipi Marc Jacobs ini, tapi dengan tukaran matawang yang semakin merundum sejak akhir-akhir ini menjadikan saya perlu fikirkan alternatif yang lebih murah tapi berkualiti. Rakan sekerja syorkan saya cuba NYX Powder Blush dan saya stick kepada produk ini saja sekarang.”- Khalisa Mokhtar,27.

Sephora

3. Krim BB 

Produk premium: Tarte Amazonian Clay BB Tinted Moisturizer Broad Spectrum SPF 20

Gantikan dengan:  Freshel Skincare BB Cream UV

“Saya tidak suka memakai bedak asa yang terlalu tebal, apatah lagi dalam cuaca Malaysia yang agak panas setiap hari, tetapi dalam masa yang sama tetap mahu nampak kemas dan presentable. Krim BB Freshel ini amat ringan dan tidak berminyak, menjadikan wajah saya sekata, nampak bright dan segar.”– Syarafina Shuhaimi,24.

Sephora/Semua farmasi terkemuka.

4. Penggaris Mata

Produk premium: Smashbox Limitless Liquid Liner Pen

Gantikan dengan: 24h Miniso Waterproof Black Eyeliner

“Ini salah satu best-kept secret untuk penggemar alat solek murah tapi bagus macam saya. Saya diperkenalkan dengan penggaris mata ini oleh rakan saya, dan ternyata ia memang tak mengecewakan. Warna hitamnya pekat dan tahan lama, lembut pula tu apabila dioleskan pada kelopak mata. Untuk RM10 memang berbaloi ya amat!”- Intan Fradilla, 24.

Sephora/Miniso.

5. Concealer

Produk premium: Urban Decay Naked Skin – Weightless Complete Coverage Concealer

Gantikan dengan: Maybelline Instant Age Rewind Concealer

“Concealer Age Rewind ini menjangkaui tanggapan saya. Bukan sahaja ianya berkesan untuk menutup cela pada wajah, malah lingkaran hitam bawah mata saya juga ‘hilang’ sama sekali. Magik!”- Ila Yuya,25.

 -VVANITA.MY

Tags: kecantikanvvanita.my
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tips-Tips Menarik Untuk Kelihatan Lebih Tinggi

Next Post

Jamsu: Trend K-Beauty Terbaru Cetus Fenomena Di Internet

Related Posts

Muka Jadi ‘Hancur’ Kerana Nak Cantik

11/06/2018
0

GARA-GARA mahu cantik, dua wanita terpaksa hidup dengan muka yang pelik selama 10 tahun, selepas prosedur 'kecantikan’ yang dilakukan pada...

5 Sebab Kenapa Suami Orang Jadi Pilihan Wanita Bujang

18/01/2018
0

SEPERTI yang kita semua sedia maklum, jumlah wanita di Malaysia sudah melebihi kaum lelaki. Jadi, adakah ini menjadi punca wanita lebih...

Next Post

Jamsu: Trend K-Beauty Terbaru Cetus Fenomena Di Internet

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd