• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

36,000 Buka Akaun SSPN1M Dalam Tempoh 2 Minggu

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) mendapat sambutan menggalakkan dengan sebanyak 36,000 akaun dibuka dalam tempoh dua minggu bermula 8 Jan lalu.

Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Ahmad Wan Yusoff berkata pihaknya menyasarkan 50,000 pencarum di bawah skim itu untuk bulan pertama tahun ini dan 100,000 pencarum ke atas untuk bulan-bulan berikutnya.

Beliau berkata sehingga 31 Dis tahun ini, ibu bapa atau penjaga yang membuat simpanan bersih di dalam akaun SSPN1M sebanyak RM500 untuk anak mereka layak menerima insentif khas geran sepadan iaitu deposit percuma bernilai RM500.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2018, mengumumkan bahawa RM250 juta disediakan kepada 500,000 pencarum berumur 7 hingga 12 tahun dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang dijenamakan semula sebagai SSPN1M.

“Rakyat Malaysia seharusnya tidak melepaskan peluang yang disediakan ini kerana insentif tersebut diperuntukkan kepada 500,000 akaun terawal sahaja,” kata Wan Ahmad kepada pemberita selepas menghadiri program penyampaian sumbangan deposit SSPN1M anjuran Yayasan Pendidikan Kawasan Bandar Tun Razak di sini, hari ini.

Pada program itu, pengerusi yayasan berkenaan merangkap Ketua Barisan Nasional Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Chew Yin Keen memberikan sumbangan berjumlah RM50,000 berbentuk deposit RM50 akaun SSPN1M kepada 1,000 pelajar berumur 7 hingga 12 tahun yang kebanyakannya merupakan penduduk Projek Perumahan Rakyat di kawasan Parlimen itu.

Chew ketika berucap pada program itu berkata pihaknya berhasrat untuk meneruskan pemberian sumbangan tersebut setiap tahun untuk lima tahun akan datang, sekiranya rakyat terus memberi mandat kepada BN.

“Menerusi program ini, kami berharap mesej dapat disampaikan kepada penduduk setempat bahawa pendidikan adalah amat penting kepada anak-anak kita di masa depan, bukan sahaja untuk diri mereka sendiri tetapi untuk keluarga dan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Akaun SSPNPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd