BAMAKO – Seramai 24 orang termasuk beberapa ibu dan bayi mereka maut apabila kenderaan yang dinaiki melalui periuk api di Mali, hari ini.
Insiden itu menjadikan jumlah korban terbaru dikaitkan dengan puak pemberontak Mali meningkat kepada 33 nyawa dalam tempoh 24 jam.
Sumber pihak berkuasa tempatan berkata, kenderaan terbabit sedang dalam perjalanan dari Burkina Faso menuju ke pasar mingguan di Boni.
Letupan itu berlaku sembilan kilometer dari pekan berkenaan.
Salah seorang penduduk yang mengakui ahli keluarga salah seorang mangsa, Abdoulaye Cheick berkata jumlah terkini kematian ialah 24 orang termasuk empat bayi bersama ibu mereka.
“Tiada yang terselamat dalam nahas ini,” katanya.
Pihak berkuasa sebelum ini memberitahu bahawa insiden terbabit meragut 13 nyawa orang awam dari Mali dan Burkina Faso. – AFP/BH ONLINE

