• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pegawai RELA Terlibat Rasuah Dipenjara

oleh Ahmad Albab
11/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Dua pegawai kerajaan hari ini mengaku bersalah terhadap tuduhan melakukan rasuah dan masing-masing dijatuhi hukuman penjara serta didenda oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini.

Penolong pegawai RELA Daerah Serian Abdul Wali Fathir Mustapha, 30, mengaku bersalah membuat tuntutan palsu untuk 190 anggota Rela yang didakwanya bertugas bagi tempoh 1 April 2012 hingga 30 April 1012 walaupun sebenarnya mereka tidak ada bertugas.

Abdul Wali dituduh membuat tuntutan itu melalui satu set borang Pengakuan Kehadiran Anggota RELA yang bertugas sebagai pelapor peti undi di daerah Serian untuk April 2012 (dari 1 hingga 30 April 2012) dengan jumlah tuntutan sebanyak RM54,720.

Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama.

Hakim Nickson Kennedy Kumbong menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM273,600 atau lapan bulan penjara terhadap Abdul Wali sekiranya gagal membayar denda.

Sementara itu, seorang inspektor polis Azrul Izman Shadan, dihukum penjara 20 hari dan denda RM25,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

Tertuduh mengaku bersalah menerima wang sebanyak RM5,000 daripada seorang wanita sebagai suapan untuk mengembalikan barang kemasnya yang dirampas.

Azrul didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Kedua-dua tertuduh merayu kepada hakim supaya tidak dijatuhkan hukuman penjara dan hukuman denda yang ringan memandangkan masing-masing mempunyai anak yang masih kecil untuk disara.

Pendawaan dilakukan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkarnian Roufan Hasbi sementara Azrul diwakili peguambela Fazila Osman, manakala Abdul Wali tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuahpegawai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd