• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beradik Berpeluk Erat Atas Pokok, Elak Ajal

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Dua beradik lelaki terpaksa memanjat pokok untuk menyelamatkan diri daripada lemas apabila terperangkap ketika air pasang besar selepas mencari ketam di Kampung Limbung Darat Kubur di sini, semalam.

Mohd Zaidanie Amsyar Zaidi, 6, dan adiknya Mohd Zaidanie Ammar Zaidi, 4, dikatakan hilang ketika keluar mencari ketam di kawasan paya berdekatan rumah tanpa pengetahuan ibu bapa mereka pada pukul 4 petang.

Ibu mangsa Norjihah Mohamad Razali, 28, kemudian membuat laporan polis apabila gagal menjumpai kedua-dua anaknya yang ditinggalkan di rumah ketika beliau keluar ke kedai runcit.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Mohd Zailani Abdullah berkata Balai Bomba dan Penyelamat Paka menerima panggilan mengenai kehilangan mangsa pada kira-kira 8.08 malam sebelum menggerakkan 14 anggota ke tempat kejadian dan kedua-dua mangsa dijumpai selamat pada kira-kira 9.47 malam.

“Kedua-dua beradik berkenaan dijumpai dalam keadaan kesejukan dan berpelukan sesama sendiri atas sebatang pokok di kawasan paya.

“Mereka telah biasa mengikuti kedua ibu bapanya keluar mencari ketam dan semasa kejadian kedua-duanya keluar tanpa pengetahuan ibu mereka. Namun apabila hari gelap dan air mula pasang mereka tidak dapat balik kerana paras air pasang besar ketika itu di paras dua meter,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, pihak bomba telah melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa berdasarkan petunjuk selipar yang ditinggalkan kanak-kanak itu dan mereka dijumpai pada jarak 800 meter dari kawasan selipar ditemui.

“Kemungkinan kedua-dua beradik berkenaan telah terbiasa dengan keadaan di kawasan paya berkenaan yang terletak pada jarak 1.5kilometer dari rumah mereka.

Apabila berhadapan situasi cemas tersebut Zaidanie Amsyar telah mendorong adiknya untuk memanjat pokok di situ bagi menyelamatkan diri mereka,“ katanya. – BERNAMA

Tags: Bombalemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd