• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Polis, Peniaga Dijel, Sebat Kes Rompak Wanita

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Dua anggota polis dan seorang peniga masing-masing dijatuhi hukuman penjara 11 dan 13 tahun serta sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang wanita, dua tahun lalu.

Hakim Nazri Ismail membuat keputusan itu selepas ketiga-tiga tertuduh didapati bersalah selepas gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Tertuduh pertama, Konstabel Adri Hazwan Ahmad, 29 dikenakan hukuman penjara 11 tahun dan empat sebatan manakala Lans Koperal Mohamad Fauzi Ariffin, 27, dikenakan hukuman penjara 13 tahun enam sebatan.

Seorang lagi tertuduh, yang merupakan abang Mohamad Fauzi iaitu Mohd Fairuz, 30, dihukum penjara selama 13 tahun dan enam sebatan atas kesalahan sama.

Kesemua tertuduh, yang diwakili peguam Zuhaidi Akmal Hasan Basri, didapati bersalah melakukan rompakan berkumpulan ke atas Rahmah Omar, 55, dengan mengambil wang tunai berjumlah RM3,050.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat Lot 589, Kampung Tanjong Badang di sini, pada 18 Mac 2016 pada jam 11.15 malam, dan dihukum di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Zuhaidi Akmal, dalam rayuannya, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan ia merupakan kesalahan pertama yang dilakukan oleh anak guamnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falena Abu Bakar memohon hukuman setimpal memandangkan dua daripada tertuduh merupakan anggota polis yang sepatutnya melindungi orang awam. – BERNAMA

Tags: dipenjarasebat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd