• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

137 Ditahan Operasi Perangi Dadah Di N.Sembilan

oleh Ahmad Albab
17/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seramai 137 individu ditahan dalam tiga operasi iaitu Op Khas, Op Sarang dan Op Pusat Hiburan yang dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Ketua JSJN negeri Supt Mohd Faisal Yahya berkata dalam operasi empat hari bermula 12 Jan lepas, yang membabitkan 160 serbuan di kawasan tumpuan penagih di sekitar Seremban, Nilai, Jempol, Tampin dan Jelebu itu, seramai 352 individu telah diperiksa.

“Hasil daripada pemeriksaan narkotik itu ke atas 352 individu, seramai 137 orang ditahan. Daripada jumlah itu, 19 individu adalah pengedar dadah, 37 lagi memiliki dadah manakala baki 81 orang positif ujian saringan awal air kencing.

“Dalam operasi itu juga, pelbagai jenis dadah seperti heroin, ganja, syabu, pil erimin 5 dan ketum yang dianggarkan berjumlah RM6,425.90 telah dirampas. Selain itu, pelbagai harta pengedar dadah seperti wang tunai dan kenderaan yang dianggarkan berjumlah RM17,700 turut disita bagi tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Faisal berkata sebagai usaha memerangi dadah habis-habisan, pihaknya memfokuskan kepada usaha menangkap pengedar dadah yang aktif di seluruh negeri ini.

“JSJN Negeri Sembilan bertindak agresif dan tidak akan berkompromi dengan apa jua kegiatan dadah yang dijalankan di negeri ini. Kami juga menyeru masyarakat tampil menyalurkan maklumat kepada polis supaya misi memerangi dadah habis-habisan ini dapat dibanteras secara berterusan dan konsisten,” katanya. – BERNAMA

Tags: Penagih Dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd