• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Pelajar Kolej Miliki Ganja Sambut Tahun Baharu

oleh AK-47
05/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 13 pelajar kolej swasta termasuk tiga pelajar wanita didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki dadah ganja ketika sedang berpesta menyambut Tahun Baharu 2018 awal pagi Isnin lepas.

Mereka ialah Hasnur Asuar, Muhammad Hafiz Abdul Rahman, Hidayat Mohamad Muzaffar, Fikhri Mohd Zainudin, Mohammad Izzad Mohd Zaini, Mohammad Shazwan Abdul Halim, Farah Ahmad Razally, Aina Balqis Amran, Muhammad Erffan Syahmi Aminuddin, Mohd Zainy Ashraff Arya Seto Wirawan, Murni Hidayah Norizam, Mohamad Rafie Abu Rasip dan Ahmad Audi Danial Sazimi yang berusia antara 20 dan 25 tahun.

Hanya seorang tertuduh iaitu Farah mengaku bersalah manakala 12 tertuduh yang lain mohon dibicarakan selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A.Raof.

Mahkamah bagaimanapun belum menjatuhkan hukuman ke atas Farah kerana menunggu laporan kimia.

Kesemua pelajar itu dituduh bersama-sama dengan niat bersama ada dalam milikan mereka dadah berbahaya iaitu kanabis yang anggaran beratnya 11.5 gram di sebuah rumah sewa di Jalan 5/3, Pandan Jaya di sini pada 1.20 pagi, 1 Jan lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6 akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim menawarkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Ketika rayuan, Farah yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah mengurangkan jaminan dan memberitahu dadah berkenaan adalah miliknya manakala tertuduh lain yang juga tidak diwakili peguam, merayu jumlah jaminan yang minimum kerana mereka tidak berkemampuan dan masih belajar.

Mahkamah membenarkan 13 tertuduh itu diikat jamin RM3,600 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Feb untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.

Difahamkan, kesemua pelajar itu mengadakan pesta sempena menyambut tahun baharu di rumah sewa rakan mereka.

Hasil siasatan pihak berkuasa menemukan dadah di dalam kotak rokok di atas lantai serta di dalam sebuah beg di atas sofa di dalam rumah itu. — BERNAMA

Tags: ganja
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pegawai Imigresen Hadapi 8 Pertuduhan Ubah Wang Haram

Next Post

Komitmen Tiada Henti Naik Taraf Bidang Pendidikan

Related Posts

Ganja Cuba Diseludup Guna Perkhidmatan Kiriman, Diikrar Sebagai ‘Hadiah Hari Raya’

Ganja Cuba Diseludup Guna Perkhidmatan Kiriman, Diikrar Sebagai ‘Hadiah Hari Raya’

05/05/2025
0

KUCHING - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya menggagalkan dua cubaan penyeludupan dadah jenis ganja menggunakan perkhidmatan kiriman cepat...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

Next Post

Komitmen Tiada Henti Naik Taraf Bidang Pendidikan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd