• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Maut Dalam Pertempuran Bersenjata

oleh Ahmad Albab
08/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEXICO CITY – Seramai 11 orang disahkan maut dalam satu pertempuran bersenjata membabitkan penduduk tempatan dan pasukan polis setempat di pinggir Acapulco, Ahad.

Pertempuran berkenaan berlaku di sebuah kawasan ladang dikenali sebagai La Conception, di selatan Acapulco selepas seorang pemuda ditahan pasukan polis berkenaan kerana didakwa melakukan kesalahan.

Dalam insiden berbalas tembakan itu, lapan penduduk terbunuh manakala tiga anggota kumpulan polis terbabit maut ditembak pihak berkuasa, selepas enggan menyerah diri.

Pegawai dari Jabatan Keselamatan Negeri, Roberto Alvarez berkata, pasukan polis setempat itu diberi kuasa oleh kerajaan negeri untuk beroperasi di bandar kecil bagi menjaga keamanan setempat.

“Pasukan keselamatan terdiri daripada tentera dan pasukan polis persekutuan menahan 30 anggota pasukan polis setempat, manakala tiga lagi ditembak mati kerana enggan menghentikan pertempuran itu,” katanya.

Acapulco ialah bandar terbesar di Guerero, iaitu satu negeri yang memiliki penguatkuasaan undang-undang paling lemah Mexico, dan pusat pengeluaran candu utama negara berkenaan.

Keganasan sering meletus di Guerero, khususnya dalam kalangan kumpulan yang terbabit dalam pengedaran dadah seperti kokain. – Reuters/BH ONLINE

Tags: mexicoRusuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

01/01/2026
0

MEXICO: Seorang usahawan terkenal, Alberto Prieto, dilaporkan dib*unuh oleh kumpulan kartel selepas beliau enggan membayar yuran perlindungan yang dituntut oleh...

Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026

Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026

06/12/2025
0

MEXICO akan menentang Afrika Selatan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 di Mexico City pada 11 Jun, 16 tahun selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd