• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

YPU Beri Kelonggaran Kepada Usahawan

oleh AK-47
01/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) memberi kelonggaran kepada usahawan yang terjejas akibat banjir untuk menangguhkan pembayaran pembiayaan bulanan sehingga tempoh tiga bulan.

Pengerusi Lembaga Pengarah YPU, Roslee Daud berkata peminjam Dana T’Fund YPU serta usahawan perindustrian kecil dan sederhana (PKS) yang menyewa premis perniagaan atau kilang YPU yang terbabit bencana banjir itu akan diberi penangguhan bayaran balik pinjaman ataupun bayaran sewa bagi meringankan beban mereka akibat bencana banjir.

“Penangguhan pembayaran itu akan diberi berdasarkan kes dan kesukaran yang dialami usahawan disebabkan bencana tersebut.

“Usahawan yang terlibat dan ingin menangguhkan pembayaran perlu memaklumkan terlebih dahulu masalah mereka kepada YPU iaitu PKS dan usahawan yang mengalami kerosakan premis perniagaan, stok dan bahan mentah akibat bencana banjir layak mendapat tangguhan bayaran selama tiga bulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain bencana banjir, PKS atau usahawan YPU yang mengalami bencana seperti ribut dan tanah runtuh turut layak membuat permohonan pengecualian selama tiga bulan ini secara terus kepada pengurusan YPU dan pihak YPU akan menilai jumlah kerosakan bagi kelayakan tempoh penangguhan itu.

Sehingga November tahun ini, YPU meluluskan pinjaman kira-kira RM22.6 juta kepada 2,046 usahawan, termasuk usahawan dalam talian manakala 99 usahawan menyewa premis perniagaan dan kilang YPU di seluruh negeri.

Selain itu, Roslee berkata dalam usaha membantu usahawan muda mendapatkan premis bagi memulakan perniagaan, YPU juga memberi insentif sewaan kepada semua bakal penyewa Kompleks Usahawan Terengganu untuk tahun pertama, 50 peratus daripada jumlah sewaan atau bersamaan hanya RM0.30 sekaki persegi.

“Diharap insentif ini akan menggalakkan usahawan muda Terengganu memiliki premis perniagaan atau pejabat perniagaan mereka.

“Sehubungan itu, usahawan YPU yang terlibat dalam bencana alam boleh segera menghubungi YPU di talian 09-6242424 bagi memperoleh atau memanfaatkan insentif penangguhan bayaran pinjaman atau sewaan serta juga galakkan kadar insentif penyewaan yang ditawarkan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Roslee Daudusahawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

06/07/2022
0

PASIR GUDANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan kira-kira RM200 juta peruntukan pembiayaian perniagaan kepada golongan usahawan di seluruh negara setakat...

TVET Lonjak Potensi Usahawan

TVET Lonjak Potensi Usahawan

26/06/2022
0

Sungai Petani : Bermula dengan sebidang tanah seluas 0.2 hektar, seorang usahawan muda agromakanan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd