• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Wujudkan Portal Dakwah Tangkis Fatwa Salah”

oleh
09/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“CARI sampai lubang cacing!”… Itulah antara ayat seorang wakil perwakilan ketika berbahas pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di ibu negara hari ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Mohd. Nashrol Hisham Abdullah malah ketika berbahas menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat sebuah portal tempatan yang didapati giat menyerang kepimpinan UMNO.

“Kita minta pihak berwajib jangan biar penghinaan ini terus berlaku, Pulau Pinang mahu siasatan dilakukan, siapa di belakang dan jadi sumber portal ini, kita mahu tindakan diambil,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau juga mencadangkan agar Biro Agama UMNO menyediakan laman sesawang berbentuk dakwah bagi jawab sebarang isu tersebar sebagai rujukan rakyat dalam mencari kebenaran fakta berkaitan agama.

“Hari ini kita lihat banyak isu agama dibangkit dan dibincangkan di Facebook yang mendapat pelbagai ulasan dan provokasi termasuk oleh ‘keyboard warrior‘ dan ‘ustaz jadian’.

“Jadi kita tidak mahu rakyat terkeliru dan mendapat maklumat yang salah berkaitan apa sahaja isu berkaitan agama, jadi adalah wajar satu portal dakwah ini dapat diwujudkan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut memberi cadangan agar golongan guru Kelas Al-Quran, Fardu Ain, Bahasa Arab (KAFA) juga diberikan jawatan tetap dan kontrak seperti pengajar di sekolah aliran biasa.

“Ada guru KAFA yang sebelah pagi bekerja membawa van, ada yang jual nasi lemak, petang pula mengajar, dengan elaun RM900 yang diterima itu memang tidak mencukupi untuk mereka hidup.

Jadi kita memohon supaya 33,000 guru KAFA yang ada di seluruh negara dapat diserap ke perjawatan tetap,” cadang Mohd. Nashrol.

Wakil pemuda itu berkata demikian ketika membahaskan usul agama dan pendidikan ketika bersidang pada hari terakhir di Perhimpunan Agung UMNO ke-71 di PWTC. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: PAU 2017Perhimpunan Agung UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Serah RoS Putuskan Keabsahan Tidak Pertanding Jawatan Tertinggi

UMNO Serah RoS Putuskan Keabsahan Tidak Pertanding Jawatan Tertinggi

23/01/2023
0

BAGAN DATUK: UMNO bersikap terbuka kepada pihak yang mempunyai pandangan berbeza terhadap ketetapan tiada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi parti...

Taklimat Presiden UMNO, Ismail Sabri Hilang?

Taklimat Presiden UMNO, Ismail Sabri Hilang?

11/01/2023
0

KUALA LUMPUR – Kelibat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak kelihatan pada Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd