• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WhatsApp Henti Khidmat Untuk Nokia, Windows, BB

oleh AK-47
29/12/2017
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APLIKASI permesejan popular WhatsApp akan menghentikan perkhidmatannya kepada pengguna Nokia, Windows dan BlackBerry (BB) selain daripada telefon pintar lama yang menggunakan versi perisian lama selepas 31 Disember ini.

WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook itu dikatakan akan tamatkan perkhidmatannya buat telefon pintar Nokia Symbian S60, BlackBerry OS dan Blackberry 10, Windows Phone 8.0, Nokia S40 pada bila-bila masa selepas tarikh tersebut oleh kerana kesemua model itu tidak lagi menawarkan peningkatan teknologi.

“Jika anda pengguna peranti mudah alih yang terlibat ini, kami syorkan anda menaik taraf telefon pintar anda kepada model baru Android, iPhone atau Windows Phone untuk terus menggunakan WhatsApp,” menurut satu kiriman blog di dalam laman webnya.

Sistem operasi Android (yang biasa terdapat dalam telefon pintar Google, Samsung, HTC atau OnePlus) versi 2.3.7 dan terdahulu akan dihentikan perkhidmatannya pada 1 Februari 2020.

“Ini merupakan satu keputusan yang sukar, namun ianya tindakan yang betul supaya kami dapat berkhidmat dengan lebih bauk kepada pengguna kami berhubung dengan rakan, ahli keluarga dan insan tersayang melalui WhatsApp,” kata kenyataan itu lagi.

Aplikasi yang dilancarkan pada tahun 2009 itu mempunyai lebih 1 bilion pengguna. WhatsApp telah dibeli oleh Facebook pada harga $19bil oada tahun 2014. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aplikasiAplikasi WhatsApp
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Parah Nahas Bas Ekspres Di Jalan Telupid

Next Post

TPM, KM Lawat Kompleks Imigresen Tebedu

Related Posts

Selepas Serang Najib, Rafizi “Promote” Aplikasi

09/04/2022
0

Pujian harus diberikan kepada bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerana bijak mengambil peluang. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Bijak mengambil kesempatan mempromosikan...

Aplikasi ‘Rain Alarm’ Alternatif Bantu Pantau Ramalan Cuaca – Polis

25/02/2022
0

KUALA KRAI : Aplikasi cuaca 'Rain Alarm' - yang memberi amaran jika hujan menghampiri lingkungan lokasi yang ditetapkan - menjadi...

Next Post

TPM, KM Lawat Kompleks Imigresen Tebedu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd