• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita UMNO Pegang 4 Tunjang Menang PRU14

oleh Ahmad Albab
10/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semangat ‘Perang Mesti Menang’ Wanita UMNO jelas terpancar pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO hari ini apabila empat tunjang digariskan untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) iaitu ‘pedang keberanian’, ‘perisai kesetiaan’, ‘bahtera satria’ dan ‘strategi perang’.

Melalui tunjang ‘pedang keberanian’, Ketua Pergerakan Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata Wanita tidak perlu takut kepada sebarang kekuatan lawan dan perlu mempercayai kepada ‘pedang’ yang dimiliki sendiri.

“Kerana ini, dalam peperangan politik, apabila parti kita diasak, keberanianlah yang menjadi pedangnya. Jangan pula antara kita yang menjadi pedang menikam parti sendiri.

“Apabila pemimpin kita diasak, keberanian mempertahankan pemimpin kita adalah pedangnya, jangan pula kita yang menghunusnya.

“Apabila bangsa kita diasak, keberanian untuk berada di barisan hadapan adalah pedangnya. Apabila agama kita diasak, keberanian untuk berjihadlah menjadi pedangnya,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan perhimpunan agung itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Mengenai ‘perisai kesetiaan’ pula, pemimpin Ibu Terbaik Bangsa itu menjelaskan ia adalah kesetiaan kepada pemimpin, penyokong dan anggota parti ketika susah dan senang.

Beliau turut menarik perhatian lautan biru perwakilan dan pemimpin UMNO yang memenuhi Dewan Merdeka di PWTC apabila menyatakan kesetiaan tidak berbelah bahagi Wanita kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dengarkanlah Datuk Seri Presiden, setia Wanita tidak bertepi, percaya Wanita tidak ternafi, sokongan Wanita tidak akan terhenti, teruskanlah memimpin kami, kibarkanlah panji aspirasi, pandulah transformasi yang telah dijanji,” katanya.

Tunjang ketiga iaitu ‘bahtera satria’ pula bermaksud satu bahtera hanya ada satu nakhoda iaitu Najib, yang disifatkan Shahrizat sebagai tenang serta bijak mengemudi parti keramat itu.

“Ingat, selagi belum menang, layar bahtera tidak akan dilabuh. Makin kuat angin fitnah bertiup, makin tinggi layar kebenaran akan dikibar.

“Bagi strategi keempat iaitu ‘strategi perang’, sebenarnya strategi perang yang paling berkesan adalah keihklasan kita berkhidmat kepada rakyat…tidak ada apa yang lebih utama daripada itu,” kata Shahrizat yang memimpin Wanita UMNO sejak 2009. – BERNAMA

Tags: Perhimpunan Agung UMNOShahrizat Abdul Jalil
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Dedah Agenda Lama Pakatan Pinggirkan Islam

Next Post

Saya Tetap Bersama UMNO – Yusof Apdal

Related Posts

Shahrizat Kembali Dalam Organisasi UMNO

Shahrizat Kembali Dalam Organisasi UMNO

22/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Biarpun tewas kepada Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat...

Shahrizat Sah Bertanding Ketua Wanita UMNO

Shahrizat Sah Bertanding Ketua Wanita UMNO

17/02/2023
0

Kuala Lumpur : Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil secara rasminya bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dan menyerahkan kertas pencalonannya awal...

Next Post

Saya Tetap Bersama UMNO - Yusof Apdal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd