• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Dibunuh Dipercayai Kerana Dendam

oleh AK-47
06/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPAR – Kes pembunuhan seorang wanita yang ditemukan mati dengan kesan jerutan pada leher di sebuah ladang kelapa sawit di Taman Permai, Mambang Di Awan di sini minggu lepas, dipercayai bermotifkan dendam.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata ia berdasarkan siasatan awal ke atas empat suspek yang direman sejak Ahad lepas hingga 8 Dis ini.

“Hasil soal siasat, pihak polis telah menemukan semula barang peribadi milik mangsa yang disembunyikan di kawasan semak tidak jauh dari tempat kejadian.

“Dengan tertangkapnya kesemua suspek ini, kita percaya kes ini berjaya diselesaikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ng berkata kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan, berumur lingkungan 40 hingga 50 tahun dengan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.

Pada 1 Nov lalu, S. Letchumi, 28, dari Bandar Baru Kampar, ditemukan mati dalam keadaan terlentang oleh seorang lelaki berusia 60 tahun yang mahu mencari cendawan di ladang berkenaan dan mangsa dipercayai dibunuh kurang daripada 24 jam. – BERNAMA

Tags: Dibunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Kesan Lelaki Rakam Video Wanita Dalam Tandas

Bayi Enam Bulan Mati Dibunuh, Bapa Ditahan

17/04/2024
0

KAJANG - Laporan polis daripada seorang bapa mengenai kematian bayinya berusia enam bulan akibat kemalangan tidak benar apabila bedah siasat...

Zayn Rayyan Dibunuh

Zayn Rayyan Dibunuh

07/12/2023
0

Sungai Buloh: Kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal dunia malam tadi di saliran air kira-kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd