• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UNIC Kongsi Pengalaman Ditahan Semasa Misi Amal

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMAKIN ramai artis yang peka dengan misi kemanusiaan dan turut melibatkan diri dengan kerja-kerja amal di luar negara.

Kumpulan nasyid UNIC juga tidak melepaskan peluang untuk bekerjasama dengan badan bukan kerajaan iaitu Muslim Care Malaysia.

Baru-baru ini, mereka telah ke Turki untuk memberikan bantuan kepada pelarian Syria di sana.

Namun, tanpa diduga, mereka telah ditahan pihak berkuasa kerana disyaki memasuki negara bergolak Syria sceara haram.

Baca: UNIC Kena Tahan, Disyaki Masuk Syria Secara Haram

Kumpulan yang terkenal dengan lagu Ainul Mardhiah itu hari ini berkongsi pengalaman cemas ketika ditahan di sana.

Menurut Fakhrul, mereka ditahan ketika perjalanan pulang ke Istanbul selepas menghantar bantuan di Hatay.

Tindakan tersebut diambil pihak berkuasa di sana kerana menyangkakan stabilizer yang dibawa mereka adalah senjata. Tambahan pula mereka bergerak secara berkumpulan.

“Pelbagai soalan diajukan kami selain diperiksa secara terperinci oleh pihak polis. Terus-terang saya katakan memang rasa ‘cuak’ dan hanya terbayang wajah ahli keluarga sahaja.

“Tetapi mujurlah tiada benda buruk yang berlaku. Alhamdulillah, selepas diperiksa selama lima jam, kami dilepaskan,” katanya dipetik Astro Gempak.

Tambah Bazli, ketika tempoh penahanan itu, mereka perlu melalui prosedur biasa pemeriksaan dan dilayan dengan kasar kerana budaya mereka sememangnya sebegitu. Tetapi, syukur mereka dibebaskan dengan selamat.

“Ketika ditahan, seperti biasa kami diperiksa dan dliayan kasar oleh mereka tapi saya tidak hairan kerana itu memang budaya di sana.

“Bagaimanapun kami tidak di apa-apakan, cuma itu adalah prosedur biasa untuk mereka membuat pemeriksaan dan menyiasat dengan pelbagai soalan,” katanya.

Sementara Najdi pula menyatakan keluarganya terlalu risaukan keadaan mereka sehingga tidak boleh tidur ketika tersebarnya berita penahanan mereka.

Tambahan pula, pengurusan UNIC mengumumkan tiada perkembangan yang diperoleh walaupun sudah tiga jam ditahan.

“Ahli keluarga kami yang dapat tahu kami ditahan di sana, semua berasa bimbang dan bersedih.

“Sehinggakan ibu saya tidak dapat tidur malam kerana fikirkan tentang saya. Tapi apa-apa pun kami bersyukur kerana semuanya selamat,” ujarnya.

Bagaimanapun, syukur mereka telah pun selamat pulang ke tanah air selepas dua hari kejadian itu.

Khabarnya, mereka akan ke Turki pada Januari depan untuk misi seterusnya. Semoga perjalanan misi itu nanti dipermudahkan. – MYNEWSHUB.CC/SA

A post shared by UNIC (@unicofficials) on Dec 16, 2017 at 9:48pm PST

Tags: Muslim Care MalaysiaUNIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hubungan Masih Baik, Jangan Lagakan Fitri-UNIC

13/05/2018
0

HANYA disebabkan dirinya dahulu merupakan antara ahli kumpulan nasyid UNIC, Fitri Haris tak putus dikritik oleh netizen yang terlebih prihatin...

Sengketa UNIC, Caprice Kini Temui Titik Noktah

25/03/2018
0

AKHIRNYA… Persengketaan antara kumpulan nasyid, UNIC dengan penyanyi rap popular, Caprice sudah pun berakhir. Memetik laporan BH Online, kumpulan nasyid...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd