• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Bersatu Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

oleh AK-47
22/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Khutbah khas solat Jumaat di Masjid Putra di sini, hari ini menyeru umat Islam supaya bersatu dalam mempertahankan kemuliaan Baitulmadis sebagai kota suci sepertimana Baitullah di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Semasa menyampaikan khutbah itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata langkah itu perlu diambil kerana Palestin merupakan bumi Anbiya yang dimuliakan Allah SWT dan Baitulmaqdis menjadi laluan ke langit semasa Mikraj Rasulullah SAW.

“Saya ingin menyeru kepada seluruh umat Islam untuk sama-sama menunjukkan solidariti kita kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka membebaskan Baitulmaqdis dan Palestin dari belenggu penjajahan dan penindasan.

“Marilah kita sama-sama berhimpun selepas ini bagi menyuarakan sokongan dan menzahirkan semangat intifadah untuk rakyat Palestin. Kepada Allah jua kita berserah,” katanya semasa menyampaikan khutbah bertajuk ‘Selamatkan Baitulmaqdis’ sempena Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis.

Zulkifli berkata langkah mengiktiraf negara Israel atau mengadakan hubungan untuk mengiktiraf negara itu merupakan satu langkah yang tidak boleh diterima oleh mana-mana umat yang bertamadun.

Beliau berkata usaha berterusan perlu dilakukan bagi mengembalikan hak rakyat Palestin kepada kehidupan yang aman dan adil.

“Dalam kita bersemangat menyatakan sokongan dan solidariti terhadap nasib rakyat Palestin, kita perlu mematuhi tatacara yang direstui dalam agama sesuai dengan konsep wasatiyyah.

“Justeru, marilah kita mengetepikan apa jua perbezaan yang mengganggu kesepaduan dan kesatuan sesama kita. Inilah masanya kita berganding bahu, berdoa dan bermunajat, serta membantu sedaya mungkin setiap umat Islam yang ditindas walau di mana jua,” kata beliau.

Selepas itu, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad mengimamkan solat Jumaat itu.

Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan menteri kabinet.

Lebih 10,000 membanjiri perkarangan Masjid Putra hari ini sebagai tanda bantahan dan penolakan cadangan Amerika Syarikat menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. – BERNAMA

https://www.facebook.com/mynewshub/videos/1785741405068383/

Tags: Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siapa Karim, Mengapa Dunia Tutup Mata Untuk Dia?

Next Post

Himpunan Selamatkan Baitulmaqdis Catat Sejarah

Related Posts

Polis Evo 2 Tidak Hina Islam – Mufti WP

20/11/2018
0

SELESAI... Kontroversi filem aksi Polis Evo 2 terbitan Astro Show dan diarahkan oleh Joel Soh dan Andrew Chiew akhirnya selesai setelah...

Mufti WP Tegur Netizen Suka Aib Najib Sekeluarga

20/05/2018
0

NASIHAT... Warga siber ditegur supaya memelihara kemuliaan bulan Ramadan dengan elak berkongsi perkara yang boleh mengaibkan orang lain dan mengeluarkan...

Next Post

Himpunan Selamatkan Baitulmaqdis Catat Sejarah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd