• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Tak Gentar Gomez Mahu Bawa Isu Gaji Ke Mahkamah

oleh
06/12/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIAT Mario Gomez yang merupakan bekas pengurus kelab boleh sepak JDT untuk heret Tunku Mahkota Johor (TMJ) ke muka pengadilan nampaknya disambut oleh baginda dengan baik sekali.

Dalam masa yang sama, hasrat jurulatih dari Argentina itu juga telah dicabar oleh Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim dan merupakan pemilik kepada skuad Harimau Selatan tersebut.

Dalam kenyataan di Facebook milik Johor Southern Tigers, turut dimuat naik gambar TMJ yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang menikmati pemandangan laut di sebuah kawasan pulau peranginan.

“Teruskan usaha Mario… Sila bawa saya ke mahkamah kerana saya tidak pernah merasa ke mahkamah dan saya ingin sekali merasainya,” titah baginda menerusi akaun laman sosial tersebut.

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/photos/a.260410070788966.1073741834.208453185984655/948600901969876/?type=3

Sebelum ini, Gomez telah membuat satu kenyataan secara umum yang menyatakan bahawa pihak pengurusan JDT telah berhutang dalam isu pembayaran gaji kepadanya.

Namun, menurut kenyataan yang ditulis oleh Pengarah Teknikal Kelab Bola Sepak JDT, Alistair Edward di akaun Facebook milik Johor Southern Tigers, fakta di sebalik perkara tersebut adalah sebahagian daripada kontrak Gomez bersama dengan JDT ialah dia perlu membayar gaji tersebut kepada pembantunya, Raul Longhi.

Gomez juga dikatakan membuat kenyataan palsu bahawa JDT tidak menjawab suratnya.

“Kami menerima surat itu dalam bahasa Sepanyol dan telah menjawab dengan sewajarnya. Jangan cuba untuk menipu kerana ini akan menjejaskan karier anda di Indonesia.

“Gomez pada mulanya membayar jumlah ini secara terus kepada Longhi dan kemudian beliau meminta setiausaha kelab kami membuat pembayaran terus kepada Longhi.

“Sejak 2015, JDT membayar komponen gaji ini secara terus kepada Longhi daripada gaji Gomez mengikut permintaan khususnya selaras dengan kewajipan dalam kontraknya,” tulis Edward.

Selepas itu, Gomez mengeluarkan kenyataan palsu yang mengatakan konon pihak pengurusan JDT enggan bayar tunggakan gajinya seterusnya ingin ambil tindakan undang-undang terhadap Tunku Ismail atas perkara tersebut.

“Kami akan jumpa di mahkamah tidak lama lagi. Mereka tidak mahu membayar gaji saya. Peguam dan saya sedang membentangkan kes ke FIFA,” katanya dipetik daripada portal MalaysiaKini.

Kini, Gomez telah berkhidmat bersama sebuah kelab dari Indonesia, iaitu Persib Bandung. Dia juga dikatakan telah menandatangani kontrak selama dua musim bersama dengan pasukan tersebut.

Setakat ini barisan peguam pihak TMJ juga sudah bersiap-siaga dengan semua fakta serta asas kukuh kerana yakin bahawa segala tindakan diambil sebelum ini merupakan ketetapan serta selari dengan konsep ‘rules of law‘. – MYENWSHUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Tags: JDTMario Gomez
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Lancar Koridor Penerangan Pentadbiran

Next Post

Budak Lelaki 2 Tahun Berdarah Dipatuk Ular

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

17/04/2025
1

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya mencatat kemenangan...

Next Post

Budak Lelaki 2 Tahun Berdarah Dipatuk Ular

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd