• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tiket Konsert Habis Dijual, Bukti Ekonomi Masih Baik”

oleh AK-47
07/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA hari lepas Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor ada beri sedikit nasihat kepada golongan penggiat seni tanah air agar tidak terlalu ghairah berkongsi cerita tanpa fakta.

Katanya, kelompok artis popular tempatan tidak seharusnya menggunakan pengaruh yang mereka ada untuk hasut peminat mengenai isu politik sempit menerusi media sosial sehingga menjadi bahan jenaka netizen.

Baca: Artis Tak Wajar Hasut Peminat Isu Politik Sempit

Beliau dipercayai menyindir seorang aktres yang begitu aktif memuat naik status berbaur antikerajaan tetapi dkritik ramai pengguna media sosial apabila apa ditulis itu dilihat seumpama memperbodohkan dirinya sendiri

Bagaimanapun hari ini Rizal sekali lagi bertindak menegur seorang artis wanita yang dianggap sudah bertaraf veteran setelah khabarnya telah mengeluarkan satu kenyataan tidak wajar melalui akaun Twitternya semalam.

Rizal mengeluarkan kenyataan balas berkenaan terhadap entri yang dimuat naik ratu jazz negara, Sheila Majid yang kononnya mahu menyatakan bahawa ekonomi Malaysia ketika ini kian merudum.

“Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi dan pekerjaan berkurangan.

“Rakyat Malaysia penat dan marah kerana tersepit dengan hutang yang bukan berpunca daripada kami. Berhenti membuat alasan dan mencari kesalahan.

“Fokus supaya negara kita kembali ke landasan! Mengecewakan!!” tulisnya di laman Twitter.

Ekoran tweet itu, Rizal membalasnya dengan menyatakan bahawa ekonomi rakyat Malaysia masih dalam keadaan baik dan terbukti pada Konsert Sheila Majid: The Concert KL 2017 yang diadakan Ogos lalu apabila 4,000 tiket berharga RM98 hingga RM888 habis dijual.

“Betul anda adalah ratu jazz negara dan dianggap legenda yang punya ramai peminat tetapi mampukah mereka untuk beli tiket konsert yang berharga sehingga RM888 itu terjual jika ekonomi negara begitu terjejas,” kata Rizal dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tambahnya lagi, tidak akan ada kerajaan yang mahu melihat rakyatnya hidup susah dan kerajaan yang prihatin bertanggungjawab sentiasa mencari jalan untuk memajukan lagi negara.

Pesannya juga, faktor luaran yang boleh menyumbang kepada penyusutan mata wang tempatan dan peluang pekerjaan makin mencabar adalah bukan dalam kawalan pihak kerajaan.

“Mana ada kerajaan yang mahu melihat rakyatnya susah dan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan duduk diam.

“Sebaliknya berusaha setiap hari bawa masuk pelaburan agar peluang pekerjaan bertambah, kukuhkan nilai ringgit dan bantu meringankan beban kos sara hidup menerusi pelbagai inisiatif seperti BR1M,” jelasnya.

Dalam pada itu, Rizal mendedahkan bahawa tawaran untuk menyanyi dalam setiap majlis korporat yang diterima pelantun suara lagu Sinaran itu juga merupakan hasil kerja keras kerajaan BN.

Rizal turut mengingatkan penyanyi itu agar tidak menggunakan status sebagai public figure yang dimilikinya bagi tujuan mengelirukan pemikiran masyarakat dengan fakta yang tidak benar. – MYNEWSHUB.CC

RIZAL

Tags: Datuk Rizal MansorDatuk Sheila MajidTwitter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

19/10/2025
0

TAKAHIRO SHIRAISHI: “PEMBUNUH TWITTER” JEPUN DIGANTUNG SAMPAI MATI Oleh Mynewshub  TOKYO, 27 JUN 2025 – Jepun telah melaksanakan hukuman gantung...

Elon Musk Mahu Tukar Logo Twitter

Elon Musk Mahu Tukar Logo Twitter

24/07/2023
0

WASHINGTON – Manusia paling kaya di dunia. Elon Musk semalam menyatakan bahawa beliau merancang untuk menggantikan logo Twitter, lapor portal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd