• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Mesin ATM Selepas Sedekad Kelak

oleh Ahmad Albab
04/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESIN juruwang automatik atau ATM bakal hilang dalam tempoh 10 tahun lagi. Amaran itu dikeluarkan John Howells, ‘orang kuat’ firma antarabangsa Link.

Beliau percaya urus niaga wang kertas akan berdepan kemerosotan ketara kerana orang ramai kini bertukar kepada transaksi mudah alih dan tabiat beli-belah secara dalam talian.

Malah, Howells percaya kemerosotan tersebut akan menjadikan perkhidmatan ATM tidak menguntungkan dan memaksa penggunaannya dihentikan.

Sebaliknya pengguna perlu mengeluarkan wang dari rangkaian kedai runcit terpilih sekali gus menjadikan lokasi tersebut sebagai sasaran penjenayah.

“Dalam masa lima hingga 10 tahun, akan tiba satu peringkat di mana tiada lagi ATM. Kita memerlukan cara lain untuk pengguna mengeluarkan wang mereka dan satu-satunya adalah melalui kedai runcit,” katanya.

Penamatan penggunaan mesin itu turut menimbulkan masalah di mana pengguna perlu memandu jauh untuk mengeluarkan wang memandangkan perniagaan kecil-kecilan tidak menerima kad kredit.

Amaran itu juga dikeluarkan memandangkan banyak bank menutup cawangannya di kawasan bandar dan juga kampung kerana mereka tidak mendapat keuntungan.

Ini menyebabkan pengguna hanya bergantung dengan ATM semata-mata. Link yang mengendalikan 70,000 mesin di United Kingdom (UK) merancangkan untuk mengurangkan bayaran sebanyak 20 peratus.

Namun ia menimbulkan kebimbangan pengguna di kawasan bandar dan kampung bakal kehilangan perkhidmatan mesin ATM secara percuma.

Namun Howells memberi jaminan akan mengekalkan perkhidmatan mesin ATM secara percuma selagi yang boleh walaupun mereka membelanjakan sekitar 30,000 pound sterling untuk mengendalikannya. – mStar Online

Tags: mata wangmesin ATM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

25 Maut Dalam Serangan Udara Di Syria

Next Post

Suspek Kes Culik Ditembak Mati Di Lahad Datu

Related Posts

Caj RM1 Dikecualikan Di ATM Rangkaian MEPS

03/04/2020
0

CAJ pengeluaran RM1 di semua mesin pengeluaran wang (ATM) rangkaian Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) diberi pengecualian berkuatkuasa...

Jangan ‘Serbu’ Mesin ATM, Pasar Raya!

25/03/2020
0

SEPERTI sedia dimaklumi, semua penjawat awam menerima gaji pada hari ini, namun perlu diingatkan agar mereka terus kekal mematuhi peraturan...

Next Post

Suspek Kes Culik Ditembak Mati Di Lahad Datu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd