• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

The Rock ‘Rebut’ Kerusi Presiden AS Tahun 2020?

oleh
22/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS ahli gusti yang kini berjaya lebar sayap dalam arena lakonan, The Rock mengejutkan dunia apabila bakal bertanding pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2020 kelak.

Spekulasi tersebut dikuatkan lagi dengan kenyataan dalam satu posting yang dimuat naik oleh beliau menerusi laman Twitter pada 27 Julai lalu.

Pada posting berkenaan jelas terlihat pemilik nama sebenar Dwayne Johnson ini memberi reaksi positif terhadap laporan TIME mengenai isu pencalonannya sebagai calon yang bakal bertanding untuk kerusi presiden.

Bukan itu sahaja, malah beliau turut mengucapkan sekalung terima kasih kepada media berkenaan atas idea dan juga pada semua pihak yang menyokong perkara berkenaan.

“Terima kasih TIME. Saya mengucapkan terima kasih atas idea tersebut dan mendapat sokongan yang sangat nyata.

“Beberapa dari sekarang jika saya mampu melangkah menjadi pemimpin yang kuat, berpengaruh dan otentik bagi masyarakat dan negara, saya akan (menjadi presiden),” kata figura berusia 44 tahun itu dipetik sebuah portal online.

Susulan  itu, Dwayne memberitahu bahawa beliau kini akan lebih serius untuk mempertimbangkan usaha ke peringkat pencalonan sebagai presiden.

“Aku benar-benar serius mempertimbangkannya sekarang. Ya!” ujarnya ketika menjadi tetamu dalam program bual bicara, Ellen DeGeneres Show.

Meskipun Dwayne masih belum tersenarai secara rasmi sebagai calon namun figura ini sudah pun mempunyai ramai penyokong termasuklah rakan-rakan artis sendiri antaranya, Kevin Hart.

Menurut Kevin, sekiranya hero filem San Andreas ini berjaya merebut ‘kerusi’ berkenaan maka beliau sama sekali tidak teragak-agak untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap pelakon berkenaan.

“Jika dia berjaya menempatkan diri di posisi itu, dia akan mendapat sokongan penuh dari saya. Saya tahu dimana hatinya. Saya benar-benar mengenalinya.

“Jadi, saya tahu jika dia meletakkan dirinya di posisi itu, itu untuk kebaikan orang-orang. Saya hanya akan bertepuk tangan dan memberikan sokongan untuk itu,” kata Kevin.

Sementara itu memetik sumber, berdasarkan hasil polling dibuat pada musim panas lalu, ternyata figura berbadan sasa ini menjadi sebutan ramai dan dianggap begitu layak ganti presiden Donald Trump. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: kevin hartthe rock
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sungguh Celaka Nasib Trump! Gagal ‘Beli’ 128 Negara…

Next Post

Dividen 7 Sen, Bonus 0.25 Sen, Bonus Khas 1 Sen

Related Posts

Video The Rock Tanya ‘Apa Khabar” Cetus Tular

13/04/2018
0

BUAT peminat tegar pelakon popular Dwayne Johnson, pasti anda teruja dengan perkongsian video terbaharu yang dimuat naik menerusi laman sosialnya....

The Rock Gesa Lelaki Luah Masalah Kemurungan

03/04/2018
0

LOS ANGELES - Pelakon popular Hollywood, Dwayne Johnson, semalam mengaku bergelut dengan kemurungan selepas melihat ibunya cuba membunuh diri. Beliau...

Next Post

Dividen 7 Sen, Bonus 0.25 Sen, Bonus Khas 1 Sen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd