• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Amir Shah Sertai Larian Jambatan Klang

oleh Ahmad Albab
18/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyertai Larian Menjunjung Kasih Jambatan Ketiga Klang 2017 bersama-sama kira-kira 5,000 peserta.

Tengku Amir menyertai kategori larian ‘Family Fun Run’ sejauh lima kilometer (km).

Peserta larian turut tidak melepaskan peluang beramah mesra dan berswafoto dengan Tengku Amir yang dilihat bersemangat sepanjang larian berkenaan.

Terdahulu Tengku Amir yang berangkat tiba di jambatan berkenaan pada 7.15 pagi turut berkenan melepaskan peserta kategori berbasikal, Terbuka Lelaki sejauh 10 km dan Terbuka Wanita sejauh 10 km.

Larian berkenaan turut mempunyai kategori Lelaki Veteran dan Wanita Veteran sejauh 10 km yang terbuka kepada peserta berumur 40 tahun ke atas.

Larian yang masuk tahun ketiga dianjurkan bersempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah itu bertujuan antaranya mempromosi gaya hidup sihat, menjalin hubungan baik dan membina semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Jambatan berkenaan dinamakan Jambatan Raja Muda Nala oleh Sultan Sharafuddin pada majlis perasmiannya 19 Nov lepas bersempena nama putera Sultan Selangor yang pertama. – BERNAMA

Tags: lariantengku amir shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Tengku Amir Kekal Presiden FAS

15/01/2022
0

KLANG: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd