• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Adnan Bidas MP Cheras Kelirukan Rakyat

oleh Ahmad Albab
14/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas tindakan tidak bertanggungjawab Anggota Parlimen Cheras Tan Kok Wai yang cuba menggelirukan rakyat dalam isu jualan tanah dan pembangunan rumah mampu milik di kawasan Kuala Lumpur.

Beliau berkata daripada jumlah tanah yang dijual, sebanyak 43 telah ditandatangani dengan 28 bidang tanah daripadanya adalah untuk pembangunan Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip) dan selebihnya bagi pembangunan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

“Kawasan-kawasan yang dijual untuk pembangunan ini melibatkan rizab pusat penjaja yang tidak berdaya saing, penempatan setinggan, kawasan lapang perumahan awam, rizab kawasan lapang dan kuarters kakitangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Adnan berkata jumlah Rumawip yang dibangunkan kini adalah melebihi 50,000 unit.

Tan baru-baru ini dilaporkan mendakwa DBKL menjual 45 bidang tanah tanpa tender terbuka sejak Tengku Adnan menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Tengku Adnan berkata harga jualan perumahan yang ditawarkan adalah berdasarkan harga semasa dan ada yang diberi diskaun melalui konsep subsidi silang, dengan pemaju kemudian terpaksa menjual rumah dengan harga RM42,000, RM188,000, RM198,000 dan RM230,000.

“Nilai tersebut memberi keuntungan kepada rakyat selaku pembeli yang dapat menikmati harga rumah lebih murah daripada nilai pasaran sebenar,” katanya.

Beliau berkata Tan sepatutnya menghargai usaha kerajaan yang sentiasa berusaha memastikan golongan bandar yang kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

Sekiranya Tan berpendapat penjualan tanah berkenaan dilaksanakan atas kepentingan peribadi atau atas rasuah, Tengku Adnan mencabar anggota parlimen itu membuat tuduhan terbabit secara jelas agar beliau dapat mengambil tindakan undang-undang atau Tan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan salah guna kuasa. – BERNAMA

Tags: pembangkangTengku Adnan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

07/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh hari ini apabila seorang wakil pembangkang membangkitkan isu orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri...

Pembangkang Tiada Kekuatan Bawa Usul Undi Tidak Percaya – PM

Pembangkang Tiada Kekuatan Bawa Usul Undi Tidak Percaya – PM

11/01/2024
0

Pembangkang tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan usaha menumbangkan kerajaan pusat sedia ada dengan memulakan undi tidak percaya di Parlimen, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd