• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tekad Bantu Felda United Kembali Ke Liga Super

oleh Ahmad Albab
23/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pemenang anugerah Jurulatih Terbaik 2017, B. Sathianathan menyasarkan untuk membantu Felda United kembali beraksi dalam saingan Liga Super 2019 selepas tersingkir ke saingan Liga Perdana 2018.

Bekas pengendali skuad senior kebangsaan yang meraih anugerah tersebut pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017 (ABK 2017) itu yakin sasaran tersebut mampu dicapai sekiranya pemain skuad ‘The Fighters’ menerapkan mentaliti positif dalam setiap perlawanan Liga Perdana yang akan diharungi pada musim depan.

“Saya sebenarnya tidak percaya dapat memenangi anugerah ini dan saya ingin berterima kasih kepada isteri, anak saya serta pengurusan Felda United serta pemain yang banyak bertungkus lumus untuk mencapai keputusan positif dalam saingan Liga Malaysia, musim ini.

“Saya sebenarnya amat berbangga kerana pasukan Felda United bangkit daripada kelompok bawahan Liga Super dan berjaya meraih kelompok tiga terbaik pada musim ini dan saya harap dapat melakukan perkara sama dalam Liga Perdana, musim depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis anugerah tersebut, di sini malam tadi.

Sathianathan yang pernah memenangi anugerah sama pada 2010 dan 2012, bagamanapun mengakui masih terdapat banyak perkara yang mahu dicapai dalam bidang kejurulatihan yang diceburinya sejak sekian lama.

Beliau juga pernah mengendalikan beberapa pasukan tempatan seperti Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia selain skuad Bawah 23 tahun kebangsaan.

Felda United tersingkir ke saingan Liga Perdana 2018 walaupun menduduki tangga ketiga Liga Supermusim ini, setelah gagal mendapatkan lesen kelab daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). – BERNAMA

Tags: B.Sathianathan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Mahu Menang Semua – B.Sathianathan

13/12/2018
0

PETALING JAYA - Pengendali Selangor, B.Sathianathan menaruh harapan tinggi untuk menjulang pelbagai kejuaraan bersama skuad 'Red Giants' pada saingan Liga...

Sathianathan Sah Pengendali Baharu Selangor

23/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Bekas ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, B. Sathianathan sah dilantik sebagai pengendali baharu skuad Liga Super...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd