• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tampar Murid Jahat: NUTP Seru Sokong Cikgu Azizan

oleh
18/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Guru di seluruh negara diseru tampil zahir solidariti dan sokongan moral kepada guru Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, yang bakal dihadapkan ke mahkamah, Selasa ini atas tuduhan mengenakan disiplin tegas terhadap seorang pelajarnya.

Guru berkenaan dikenali sebagai Cikgu Azizan, dikatakan menampar seorang pelajar yang didakwa melakukan kesalahan disiplin berat berulang antaranya, menghidu gam, bergaduh, ponteng kelas dan membuli pelajar lain di sekolah.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), dalam satu kenyataan menyeru semua guru di seluruh negara hadir memberikan sokongan kepada Cikgu Azizan, yang mungkin hilang jawatan jika didapati bersalah dalam perbicaraan.

“NUTP akan menyediakan peguam untuk bela Cikgu Azizan. Pada masa sama, NUTP ingin memanggil semua guru di Malaysia hadir memberikan sokongan moral, dengan datang ke mahkamah pada 19 Disember, 8.30 pagi di Mahkamah Majistret Seremban,” katanya.

Kenyataan itu ditandatangani Setiausaha Agung NUTP, Henry Tan Huat Hock.

Sementara itu, NUTP dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Taman Semarak, Nilai, dan qariah masjid setempat akan mengadakan Majlis Solat Hajat Dan Solidariti untuk Cikgu Azizan, malam ini.

Majlis diadakan di Masjid Taman Semarak, Nilai itu dijangka turut dihadiri Presiden NUTP, Kamarozaman Abd Razak.

“Tuan, puan dijemput hadir sebagai solidariti mempertahankan Cikgu Azizan yang akan didakwa di mahkamah, 19 Disember ini, atas ketegasan beliau mendidik dan menjaga disiplin pelajar di sekolah.

“Kepada yang bukan Islam, anda juga dijemput tetapi perlu jaga sensitiviti masjid dengan pakai pakaian bersesuaian,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook rasmi NUTP.

Terdahulu, satu majlis solat hajat turut diadakan di Surau Taman Semarak 1.

Pada 31 Oktober lalu, Azizan menghadiri pendengaran sebutan pertama kes di Mahkamah Majistret Seremban dan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah, kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan.

Sekiranya didapati bersalah, Azizan akan menghadapi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Menurut laporan yang disiarkan sebuah laman web, selepas pendengaran pertama, hakim menetapkan Azizan diikat jamin RM500.

Laporan itu menyebut Azizan digari dan ditempatkan bersama 13 tahanan lain, yang terbabit kesalahan jenayah serius termasuk dadah.

“Dia didakwa kerana mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar itu. Untuk maklumat anda, dia melakukannya kerana pelajar itu menghidu gam di sekolah dan mempengaruhi tiga pelajar lain untuk melakukan perkara sama.

“Kesalahan itu dilakukan sejak tahun lalu. Pelajar itu juga terbabit kes buli, memukul pelajar lain dan ponteng sekolah,” kata laporan itu.

Kes Azizan menjadi viral di laman sosial dan mendapat sokongan ramai pihak.

Sokongan kepada Azizan diperluaskan menerusi hashtag #PrayForCikguAzizan selain nasihat kepada guru lain untuk mengambil iktibar daripada kes berkenaan sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian sama kepada mereka, satu hari nanti. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video bawah sekadar hiasan…

Tags: Cikgu AzizanNUTP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perhimpunan UMNO-PAS Di Putrajaya Demi Palestin

Next Post

Aishah Muncul Juara GV 4, Raih Hadiah RM100K

Related Posts

NUTP Mahu Cuti Rehat Khas Guru Ditingkat Kepada 14 Hari

NUTP Mahu Cuti Rehat Khas Guru Ditingkat Kepada 14 Hari

17/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan kerajaan meningkatkan Cuti Rehat Khas (CRK) guru daripada 10 kepada 14...

Bahayakan Guru, NUTP Bantah Saringan Covid-19 Di Sekolah

03/12/2021
0

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah pelaksanaaan ujian saringan COVID-19 kepada murid sekolah rendah pada setiap Rabu yang bermula semalam....

Next Post

Aishah Muncul Juara GV 4, Raih Hadiah RM100K

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd