• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahniah! Hafiz Suip Kini Sudah Bergelar Bapa

oleh
31/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Mohd. Hafiz Mohd. Suip kini bergelar bapa selepas menyambut bayi lelaki pertama yang selamat dilahirkan isterinya, Nureffy Jesreel Abdullah.

Juara program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh pada 2009 itu memaklumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya berserta sekeping gambar kaki bayi sulungnya yang dilahirkan pada pukul 8.06 pagi Ahad.

“Saya bersyukur di atas kurniaan cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan ini juga adalah hadiah pembuka tirai tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini.

Assalamualaikum semua pertama sekali saya bersyukur kehadrat illahi di atas kurniaNya cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai utk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini..million thanks to my beautifull wife Nureffy Jesreel for giving me the most wonderfull moment and treasure for this wonderfull year..thanks to our parents,family and sahabat as well yang sanggup datang memberikan sokongan moral buat kami berdua..tidak lupa juga kepada semua yang mendoakan kami berdua..dan terima kasih juga di ucapkan kepada Dr dan kakak kakak jururawat yang memberikan khidmat yang terbaik yang menyambut kelahiran anak sulung saya…

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on Dec 30, 2017 at 11:07pm PST

“Jutaan terima kasih kepada isteri tersayang kerana memberikan kenangan yang terindah dan sangat bernilai tahun ini,” jelas artis yang berusia 27 tahun dan berasal dari Kuching, Sarawak itu.

Hafiz yang pernah popular menerusi lagu Awan Nano itu mendirikan rumah tangga bersama-sama dengan Nureffy, 24, pada 14 Mei tahun lalu di negeri kelahirannya sendiri.

Menerusi kenyataan Hafiz lagi, dia turut mengucapkan terima kasih pada ahli keluarga dan sahabat yang memberi sokongan moral buat mereka berdua. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Akademi Fantasiahafiz suip
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Vokal Sahaja Tak Cukup’

26/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Besar sasaran yang mahu dicapai Hafiz Suip dalam membimbing protege sepanjang cabaran program realiti, Mentor 7 yang...

Badan Lebih Ringan, Lagi ‘Best’! – Hafiz Suip

28/10/2018
0

PENYANYI Hafiz Suip berkata dia mengamalkan rutin diet sihat dan berjaya mengurangkan berat badannya beberapa kilogram (kg). Menurut Hafiz, 28,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd