• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Swafoto Kubur’ Johan As’ari Pula Dikecam

oleh
17/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT memuat naik sekeping swafoto di tanah perkuburan, pelakon Johan As’ari telah dikecam hebat oleh netizen di akaun Instagram miliknya.

Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff Datuk As’ari, 31, memuat naik gambar tersebut pada Khamis lalu ketika upacara pengebumian sedang berlangsung.

“Innalillahi wa inna ilaihi roji’un. Arwah Yahya bin Ismail.

“Sama-sama kita doakan semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Al-fatehah,” tulis pelakon yang juga merupakan penghafaz Al-Quran itu.

Netizen telah menyifatkan tindakan Johan dan seorang lagi individu disebelahnya sebagai tidak sopan dan tidak menghormati ahli keluarga si mati.

Lebih-lebih lagi Johan dikenali sebagai selebriti yang sering memuat naik rakaman video dirinya sedang mengaji di akaun Instagram miliknya.

Dalam yang menghina dan mencaci, terdapat individu yang prihatin apabila pelakon tersebut diperlakukan sedemikian.

Selain Johan, pada sekitar Oktober lalu, aktor Iqram Dinzly juga pernah dikecam sedemikian sewaktu dia berswafoto di tanah perkuburan selepas upacara pengebumian bapanya, Allahyarham Muhammad Saipuddin Ahmad Said.

Namun Iqram telah dikritik seteruk-teruknya kerana ramai netizen menganggap dia sebagai tidak siuman selepas pemergian bapanya yang tersayang.

Mujur masih terdapat beberapa lagi netizen yang masih mempunyai sifat positif di dalam diri mereka apabila terdapat juga yang memberi dorongan kepada Iqram.

Akibat seperti menjadi trend di masa kini apabila ada segelintir individu yang berswafoto di tanah perkuburan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah terpanggil untuk mengupas mengenai isu tersebut.

Katanya, perbuatan swafoto di tanah perkuburan tidak sewajarnya dilakukan serta boleh dikategorikan sebagai haram jika dilakukan dengan niat untuk berseronok.

Bagaimanapun, ianya tidak menjadi satu kesalahan besar yang menjatuhkan ianya sebagai haram dilakukan jika masih mengikut adab yang ditetapkan.

Mungkin apa yang dilakukan oleh Johan dan Iqram itu merupakan satu peringatan kepada kita semua agar sentiasa mengingati kematian. Sesungguhnya ajal dan maut di tangan Tuhan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Iqram Dinzlyjohan As'ariSwafototanah perkuburan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

23/11/2025
0

KLUANG – Tiada sebarang unsur pemujaan atau ritual bercanggah syarak di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, di sini, susulan...

Kes Zara Qairina: Polis Tingkatkan Rondaan Di Tanah Perkuburan

Kes Zara Qairina: Polis Tingkatkan Rondaan Di Tanah Perkuburan

11/08/2025
0

SIPITANG: Polis meningkatkan rondaan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, di sini bagi memastikan keselamatan dan privasi penduduk susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd